mattzzx Publish time 26-3-2024 03:31 PM

Gaji Mbappe RM30.74 juta sebulan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/maapvpwjtgjwrgs_1711428593.jpg
Penyerang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mendahului senarai gaji tertinggi pemain bola sepak Eropah dengan 5.15 juta pound (RM30.74 juta) sebulan. - Foto AFP

PARIS: Kylian Mbappe menerima gaji dua kali lebih tinggi berbanding mana-mana pemain bola sepak di Eropah, menurut laporan media Perancis.

Bintang Perancis dan Paris Saint-Germain berusia 25 tahun itu, melakar nama di Paris sejak menyertai kelab gergasi Ligue 1 berkenaan ketika berusia 18 tahun.

Februari lalu, dia mengumumkan akan meninggalkan PSG sebaik kontraknya tamat pada musim panas ini.

Penyerang itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan hampir menyertai mereka tahun lalu, tetapi membuat pusingan U dan menandatangani kontrak baharu dengan PSG.


Kontrak baharu itu menjadikannya pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi dalam lima liga utama Eropah - dibayar 5.15 juta pound (RM30.74 juta) sebulan.

Jumlah itu jauh mengatasi pesaing terdekatnya, penyerang Bayern Munich, Harry Kane yang menerima 1.80 juta pound (RM10.74 juta) sebulan.

Tangga ketiga ialah perancang Manchester City dan Belgium, Kevin De Bruyne yang dibayar 1.73 juta pound (RM10.32 juta) setiap bulan.

Ia diikuti rakan sepasukan City, Erling Haaland yang menerima bayaran 1.63 juta pound (RM9.73 juta) sebulan. Namun jika dicampur bayaran bonus, penyerang Norway itu mampu melonjak sehingga ke tangga kedua.

Bintang Real Madrid, David Alaba mengisi tangga kelima dengan bayaran 1.61 juta pound (RM9.61 juta) sebulan.

Robert Lewandowski dan Mohamed Salah di tangga keenam dan ketujuh, diikuti dua bintang Manchester United, Casemiro dan Raphael Varane.

Berkongsi tangga ke-10 ialah gandingan Real Madrid, Vinicius Junior dan Jude Bellingham, Ilkay Gundogan dari Barcelona dan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1228094/gaji-mbappe-rm3074-juta-sebulan
Pages: [1]
View full version: Gaji Mbappe RM30.74 juta sebulan


ADVERTISEMENT