mattzzx Publish time 26-3-2024 03:22 PM

Habib janji lonjak kedudukan KDA FC

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/habib11_1711431531.jpg
HABIB (kanan) disambut Nafuzi sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), semalam. FOTO IZZALI ISMAIL

Alor Setar: Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Habib Haroon sedia mencurahkan pengalamannya bagi membantu Sang Kenari mencapai kejayaan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas kapten Terengganu FC yang kembali bergabung bersama Nafuzi pada musim ini berkata, sasaran utamanya adalah mahu meletakkan Kedah pada kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga Super.

"Sasaran saya bersama pasukan Kedah adalah mahu membantu mencapai tahap terbaik dalam liga, kedua atau ketiga.

"Saya juga mengimpikan untuk bersama Kedah beraksi di pentas akhir kejuaraan kerana saya mahukan pencapaian dengan pasukan yang saya wakili.


"Seperti juga semasa saya bersama Terengganu, saya bertuah kerana dapat merasai pentas akhir sebanyak dua kali dan saya cukup menghargai pencapaian itu," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, semalam.

Habib juga berkata, dia cukup teruja selepas mendapat pelawaan dari ketua jurulatih, Nafuzi Zain sendiri yang mahukan khidmatnya bersama Sang Kenari pada musim ini.

"Saya terima pesanan mesej daripada Nafuzi yang mengatakan beliau mahukan khidmat saya bersama pasukan Kedah dan kemudian saya menyatakan akan bersama pasukannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1074110/habib-janji-lonjak-kedudukan-kda-fc
Pages: [1]
View full version: Habib janji lonjak kedudukan KDA FC


ADVERTISEMENT