mattzzx Publish time 26-3-2024 03:19 PM

Firma lif, kontraktor didenda abai keselamatan pekerja

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mahkamah_court_1711435972.jpg
GAMBAR hiasan

Georgetown: Firma lif dan syarikat penyelenggaraan lif didenda sebanyak RM81,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan gagal memastikan penyediaan aspek keselamatan tempat kerja mengikut piawaian.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, hukuman itu diputuskan Hakim Mazdi Abdul Hamid selepas syarikat Gene Engineering (M) Sdn Bhd selaku majikan utama dan firma lif, SML Engineering Sdn Bhd masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Gene Engineering didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu sebagai majikan, gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja semasa bekerja serta gagal memastikan kerja penyelenggaraan bagi lif penumpang di sebuah pusat beli-belah, di sini, sehingga menyebabkan kemalangan maut ke atas pekerjanya pada 26 Disember 2023.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala, SML Engineering didakwa mengikut Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan 31(2) Peraturan-Peraturan (Lif Elektrik Penumpang-Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera 1970, Akta Kilang dan Jentera 1967.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Pulau Pinang, Abdul Rahim Sabri dan Wan Saharizat Wan Mahmood, manakala kedua-dua syarikt terbabit tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM40,000 kepada Gene Engineering dan denda RM41,000 pual kepada SML Engineering.

Pada 26 Disember lalu, Harian Metro melaporkan pekerja teknikal, R Tinesh Kumar, 28, maut apabila kepalanya tersepit pada pintu lif ketika menyelenggara fasiliti itu di sebuah kompleks beli-belah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1074156/firma-lif-kontraktor-didenda-abai-keselamatan-pekerja
Pages: [1]
View full version: Firma lif, kontraktor didenda abai keselamatan pekerja


ADVERTISEMENT