kompia23 Publish time 13-3-2011 03:10 PM

Pale Horseman

Post Last Edit by kompia23 at 13-3-2011 15:37

Bro/Sis in Christ,

Time is near.....

http://www.youtube.com/watch?v=eg6TM_QnoJk&feature=related

It is a reminder to all of us, Christian

Regards

kompia23 Publish time 15-3-2011 12:46 PM

REMEMBER WHAT JESUS SAID..

Mat 24:4-14

MT 24:4 Jesus answered: "Watch out that no one deceives you. 5 For many will come in my name, claiming, `I am the Christ, ' and will deceive many. 6 You will hear of wars and rumors of wars, but see to it that you are not alarmed. Such things must happen, but the end is still to come. 7 Nation will rise against nation, and kingdom against kingdom. There will be famines and earthquakes in various places. 8 All these are the beginning of birth pains.

    MT 24:9 "Then you will be handed over to be persecuted and put to death, and you will be hated by all nations because of me. 10 At that time many will turn away from the faith and will betray and hate each other, 11 and many false prophets will appear and deceive many people. 12 Because of the increase of wickedness, the love of most will grow cold, 13 but he who stands firm to the end will be saved. 14 And this gospel of the kingdom will be preached in the whole world as a testimony to all nations, and then the end will come.

Look at Japan, look at the middle east.... time is short...

Time to wake up, brethren...

Regards

erusi2 Publish time 22-3-2011 01:16 AM

Reply 2# kompia23


Tunjukkan autograph bible itu untuk mengesahkan ayat MT 24:4 dan 24:9 itu masih asli dan masih benar.

kompia23 Publish time 22-3-2011 08:43 AM

Tunjukkan autograph bible itu untuk mengesahkan ayat MT 24:4 dan 24:9 itu masih asli dan masih benar.

Tunjukkan yg salinan yg sama tu salah dulu saudara...

Sekian

erusi2 Publish time 22-3-2011 11:35 PM

Reply 4# kompia23


Tunjukkan yg salinan yg sama tu salah dulu saudara...



Ada
2 versi ayat Lukas 3:33, Wahyu 1:11, 2 Tawarikh 36:9, 2 Samuel 24:13, 1 Kings 4:26, 2 Kings 8:26.

Kewujudan dua versi menjelaskan salah satunya pasti salah dan pasti tidak menyamai autugraphnya.

kompia23 Publish time 23-3-2011 01:12 PM

Kewujudan dua versi menjelaskan salah satunya pasti salah dan pasti tidak menyamai autugraphnya.

Dan yg satu lain adalah yg betul. Maka Firman Tuhan masih terpelihara. Betul kan? :P

Sekian.

erusi2 Publish time 23-3-2011 09:39 PM

Reply 6# kompia23

Dan yg satu lain adalah yg betul. Maka Firman Tuhan masih terpelihara. Betul kan?

Salah.

Tunjukkan autographnya untuk membuktikan salah satu nya adalah betul iaitu menyamai catatan di dalam autographnya. Tanpa merujuk pada autographnya, maka kamu hanya bersangka-sangka sahaja.

Hanya dengan merujuk kepada autographnya saja, barulah kita dapat ketahui dengan penuh kepastian sama ada salah satunya menyamai autographnya ataupun tidak.

kompia23 Publish time 25-3-2011 02:07 PM

Hanya dengan merujuk kepada autographnya saja, barulah kita dapat ketahui dengan penuh kepastian sama ada salah satunya menyamai autographnya ataupun tidak.

Ianya sama sebab tu umat Israel tidak tukar Buku Taurat mereka. Dan umat Kristian yg sudah wujud ribuan tahun masih kekal dgn alkitab mereka. Ini adalah fakta sejarah bukan disangka oleh saya. Yg bersangka-sangka tu saudara. Bukti jelas di mata tetapi buat tidak terima.

Sekian.

erusi2 Publish time 26-3-2011 12:49 AM

Reply 8# kompia23


    Ianya sama sebab tu umat Israel tidak tukar Buku Taurat mereka. Dan umat Kristian yg sudah wujud ribuan tahun masih kekal dgn alkitab mereka. Ini adalah fakta sejarah bukan disangka oleh saya. Yg bersangka-sangka tu saudara. Bukti jelas di mata tetapi buat tidak terima.


Then jika sama, maka buktikan bahawa apa yang ada pada kamu itu sama dengan apa yang tertulis dalam autographnya. Tunjukkan autographnya untuk membuktikan demikian itu.
Jika hanya kata sama, tapi buktinya tiada, org yang tak berilmu pun boleh untuk mengatakan seperti tu.

kompia23 Publish time 26-3-2011 05:40 AM

Jika hanya kata sama, tapi buktinya tiada, org yang tak berilmu pun boleh untuk mengatakan seperti tu.

Lihat apa yg saudara katakan sendiri. Jgn tampar pipi sendiri. Saudara pun kata saudara percaya buku suci saudara kerana ia sama. Bolehkah saudara berikan buku asal suci saudara? Jgn fikirkan diri berilmu apabila tidak.

Sekian.

erusi2 Publish time 26-3-2011 05:22 PM

Reply 10# kompia23


   
Saya bukan macam kamu kompia. Walaupun saya telah buktikan manuskript bible itu sudah saling tidak sama tetapi kamu masih bersangka-sangka dengan mengatakan bible kamu tu saling sama, dalam keadaan kamu tidak pun menafikan bukti apa yang telah saya paparkan.
Berbeza pula dengan Al-Quran. Saya membuktikan al-Quran itu bersih, sempurna dengan melihat pada keadaan d mana tiada satu pun mana-mana pihak lain yang mampu membuktikan bahawa di dalam Al-Quran itu telah wujud kesalahan yang tidak mampu dinafikan oleh pihak Islam. Nampakkah perbezaannya. Bagi org yang berfikir, mereka akan nampak dengan begitu jelas sekali.

Tapi pada bible, org kristian tiada pilihan lain yg mana mereka terpaksa mengakui wujudnya kesilapan terjemahan, penyalinan dan sebagainya di dalam bible itu/ Tapi pada Al-Quran, situasi itu tidak pernah wujud. Atas dasar itu maka apa alasannya untuk mengatakan Al-Quran itu tiada kepastian? Tiada satu pun.

kompia23 Publish time 28-3-2011 06:54 AM

Saya bukan macam kamu kompia. Walaupun saya telah buktikan manuskript bible itu sudah saling tidak sama

Itu betul. Manuskrip berbeza (sikit sangat dan tidak penting) dan bukan Firman Tuhan tiada. Dan itu yg saya sarankan kepada saudara. Lagipun, yg saudara tunjukkan cuma wujud dua versi yg berbeza yg menunjukkan cuma ada dua pilihan. Dan ianya tidak begitu relevan.

Berbeza pula dengan Al-Quran.

Ianya sebegitu, apabila saudara membutakan diri kepada kebenaran yg ada.

Tapi pada bible, org kristian tiada pilihan lain yg mana mereka terpaksa mengakui wujudnya kesilapan terjemahan

Bukan terpaksa, yg kami dah tahu sebelum saudara tu.

Atas dasar itu maka apa alasannya untuk mengatakan Al-Quran itu tiada kepastian?

Byk. Satu - Tiada sokongan, Dua - wujud byk versi sebelum dibakar. Tiga - byk kesilapan, keempat - tidak diakui oleh umat Israel dan Kristian yg dah kenal Tuhan dan byk lagi.

Sekian.

erusi2 Publish time 28-3-2011 08:04 AM

Reply 12# kompia23


Itu betul. Manuskrip berbeza (sikit sangat dan tidak penting) dan bukan Firman Tuhan tiada. Dan itu yg saya sarankan kepada saudara. Lagipun, yg saudara tunjukkan cuma wujud dua versi yg berbeza yg menunjukkan cuma ada dua pilihan. Dan ianya tidak begitu relevan.
   

Yang kamu lihat perbezaan yang sedikit sangat dan tak penting itu adalah antara manuskript dengan manuskript. Tetapi perbezaan antara manuskript dengan autographny pula macam mana? Kalau kamu tak rujuk pada autographnya, macam mana kamu nak tahu perbezaan itu sedikit sangat ker dan tak penting ker atau tidak? Entah-entah sangat banyak dan memang amat penting. So untuk mengesahkannya perbezaan sedikit atau banyak, penting atau tak, makanya kamu kena tunjukkan autographnya dan buat perbandingan antara manuskript dengan autograph itu.

Memang firman Tuhan ada, tapi apakah bible kamu tu adalah firman Tuhan yang ada itu? Jika kamu anggap bible kamu itu adalah firman Tuhan, then tunjukkan autographnya untuk kamu membuktikan dakwaan kamu itu. Kenapa kamu terus bersangka-sangka?

Apa yang pasi adalah saya sudah kemukakan 2 versi ayat yang sama dalam 2 versi yang berbeza. Then versi mana yang benar-benar firman Tuhan? Kita tak akan tahu dengan penuh kepastian jika kita tak rujuk pada autographnya. Entah-entah kedua-dua versi sebenarnya bukan firman Tuhan. Siapa tahu?

Ianya sebegitu, apabila saudara membutakan diri kepada kebenaran yg ada.

No. Ianya sebegitu apabila saya menyelidiki, mengkaji dengan penuh kejujuran dan keikhlasan kerana semata-mata inginkan kebenaran.

Bukan terpaksa, yg kami dah tahu sebelum saudara tu.

Yes, bermakna kamu terpaksa mengakuinya sebelum saya mengetahuinya lagi.

Byk. Satu - Tiada sokongan, Dua - wujud byk versi sebelum dibakar. Tiga - byk kesilapan, keempat - tidak diakui oleh umat Israel dan Kristian yg dah kenal Tuhan dan byk lagi.


Sokongan adalah banyak, iaitu sokongan dari segi sejarah, sains, ilmu dan nubuat.

Yang dibakar bukan versi, tetapi ayat-ayat tertentu Al-Quran yang berbeza susunan ayat dan dialek bahasa suku-suku tertentu yang memberikan makna yang sama dengan apa yang ada pada ayat yang sama dalam Al-Quran sekarang ini.

Kesilapan, semua telah diperjelaskan yang mana penjelasan tersebut tidak mampu dibuktikan salah oleh kelompok yang mendakwa kesilapan itu.

Pengakuan umat Israel dan kristian, memang mereka tidak memberi pengakuan kerana mereka merujuk pada sumber yang salah dan tiada kepastian. Justru sebenarnya mereka tiada kepastian sama ada kenal Tuhan atau tidak disebabkan sumber mereka yang salah dan tiada kepastian itu. Justeru tiadanya pengakuan mereka tidak membuktikan Al-Quran itu salah.

So hakikatnya tiada alasan untuk mendakwa Al-Quran itu sebagai salah.

kompia23 Publish time 28-3-2011 08:28 AM

Tetapi perbezaan antara manuskript dengan autographny pula macam mana?

Saudara tunjukkan wujudnya perbezaan tu, pas tu kita boleh bincang..

Memang firman Tuhan ada, tapi apakah bible kamu tu adalah firman Tuhan yang ada itu? Jika kamu anggap bible kamu itu adalah firman Tuhan, then tunjukkan autographnya untuk kamu membuktikan dakwaan kamu itu. Kenapa kamu terus bersangka-sangka?

Saya tidak bersangka-sangka tetapi saudara yg berbuat demikian kerana dakwaan saudara tu tidak berasas. Tunjukkan bukti dakwaan saudara tu. Ada tak?

Apa yang pasi adalah saya sudah kemukakan 2 versi ayat yang sama dalam 2 versi yang berbeza. Then versi mana yang benar-benar firman Tuhan?

Salah satu versi adalah yg benar. Itu yg pasti kan. Mana ini tidak menidakkan seluruh alkitab.

No. Ianya sebegitu apabila saya menyelidiki, mengkaji dengan penuh kejujuran dan keikhlasan kerana semata-mata inginkan kebenaran.

Masih menidakkan kebenaran yg ada. Sekiranya saudara betul betul inginkan kebenaran. Saudara patut kaji sejarah yg ada. Bukan lihat kepada buku saudara dan buat kesimpulan berdasarkannya. Itu masalah saudara yg ketara. Saudara tidak dpt letakkan prinsip saudara dan melihat semua ini dgn cara terbuka.

Yes, bermakna kamu terpaksa mengakuinya sebelum saya mengetahuinya lagi.

Memangpun, sebab tu nota diletakkan di dlm alkitab supaya org tidak keliru. Kami tidak cuba menutup perbezaan tetapi membiarkan utk org menilainya sendiri.

Yang dibakar bukan versi, tetapi ayat-ayat tertentu Al-Quran yang berbeza susunan ayat dan dialek bahasa suku-suku tertentu yang memberikan makna yang sama dengan apa yang ada pada ayat yang sama dalam Al-Quran sekarang ini.

Apa bukti yg saudara yg sebenar ini yg berlaku, yg pasti seperti kata saudara.. :P

Pengakuan umat Israel dan kristian, memang mereka tidak memberi pengakuan kerana mereka merujuk pada sumber yang salah dan tiada kepastian.

Mereka tidak mengakui kerana ianya berbeza benar dgn kebenaran yg Tuhan berikan.

Sekian.

erusi2 Publish time 28-3-2011 03:15 PM

Reply 14# kompia23

Saudara tunjukkan wujudnya perbezaan tu, pas tu kita boleh bincang..

Senang jer. Saya sudah berikan 2 versi ayat Lukas 3:33 itu. So salah satunya mesti berbeza dengan yang tercatat dalam autographnya.

Saya tidak bersangka-sangka tetapi saudara yg berbuat demikian kerana dakwaan saudara tu tidak berasas. Tunjukkan bukti dakwaan saudara tu. Ada tak?

Then jika kamu tak bersangka-sangka, then tunjukkan autograph bible itu untuk membuktikan yang kamu tak bersangka-sangka. Jika hanya tidak bersangka-sangka, then budak tak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.

Salah satu versi adalah yg benar. Itu yg pasti kan. Mana ini tidak menidakkan seluruh alkitab.

Jika salah satunya benar, then butikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan salah satu versi tersebut adalah tercatat dalam autographnya Jika hanya mengatakan salah satu versi adalah benar, budak tak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.

Masih menidakkan kebenaran yg ada. Sekiranya saudara betul betul inginkan kebenaran. Saudara patut kaji sejarah yg ada. Bukan lihat kepada buku saudara dan buat kesimpulan berdasarkannya. Itu masalah saudara yg ketara. Saudara tidak dpt letakkan prinsip saudara dan melihat semua ini dgn cara terbuka.


Memang saya dah kaji pun.Dalam masa yang sama saya juga harus melihat buku Al-Quran saya kerana saya tak boleh berat sebelah. So sememangnya saya dapati sejarah yang mengatakan ada 7versi Al-Quran adalah tidak benar kerana yang dikatakan 7 versi itu adalah Al-Quran yang berbeza susunan ayat dan dialek bahasa suku-suku tertentu tetapi mempunyai makna yang sama. Justeru sebenarnya sejarah bukannya menyebut ada 7 versi al-Quran yang saing berbeza dari segi makna. Justeru sebenarnya sejarah menyebut hanya ada satu versi Al-Quran.

Memangpun, sebab tu nota diletakkan di dlm alkitab supaya org tidak keliru. Kami tidak cuba menutup perbezaan tetapi membiarkan utk org menilainya sendiri.

Justeru memang terbukti bahawa bible yang ada hari ini itu sudah tidak terhindar daripada sebarang kesalahan.

Apa bukti yg saudara yg sebenar ini yg berlaku, yg pasti seperti kata saudara..

Buktinya adalah Al-Quran itu sendiri di mana dalam Al-Quran tidak ditemuikan sebarang kesalahan di dalamnya.

Mereka tidak mengakui kerana ianya berbeza benar dgn kebenaran yg Tuhan berikan.

Bible yang ada itupun hanya sangkaan saja sebagai kebenaran yang Tuhan beri. Justeru kebenaran Al-Quran tidak bergantung pada pengakuan umat Israel dan kristian yang bersumberkan sangkaan tersebut. Kebenaran al-Quran terbukti dengan kebersihannya daripada unsur-unsur kesalahan.

kompia23 Publish time 29-3-2011 02:15 PM

So salah satunya mesti berbeza dengan yang tercatat dalam autographnya.

Yang satu lagi sama dgn autographnya kan... :P

Memang saya dah kaji pun.Dalam masa yang sama saya juga harus melihat buku Al-Quran saya kerana saya tak boleh berat sebelah

Dan saudara lihat ke dlm alkitab???

Justeru sebenarnya sejarah bukannya menyebut ada 7 versi al-Quran yang saing berbeza dari segi makna. Justeru sebenarnya sejarah menyebut hanya ada satu versi Al-Quran.

Pelik betul. Ada 7 bahasa dekat sana ke? Ada 7 bangsa kat sana? Ada bukti yg tunjukkan ini yg sebenarnya?? maaf ye... kalau ikut internet sebelum ada 20 versi...

http://www.bible.ca/islam/islam-quran-changed-20-versions.htm
http://www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Qiraat/hafs.html

Kaji lagi...

Buktinya adalah Al-Quran itu sendiri di mana dalam Al-Quran tidak ditemuikan sebarang kesalahan di dalamnya. Kebenaran al-Quran terbukti dengan kebersihannya daripada unsur-unsur kesalahan.

Buktikan dulu ianya sama dgn asal dulu.... Bagi buku asal tu.

Sekian.

erusi2 Publish time 30-3-2011 03:15 AM

Reply 16# kompia23


Yang satu lagi sama dgn autographnya kan...
Jika kamu rasa yang lagi satu versi itu betul, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan yang satu lagi versi itu benar-benar tercatat dalam autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu. Dan saudara lihat ke dlm alkitab???

Saya tak mahu lihat kitab yang sudah terbukti salah dan tiada kepastian.

Pelik betul. Ada 7 bahasa dekat sana ke? Ada 7 bangsa kat sana? Ada bukti yg tunjukkan ini yg sebenarnya?? maaf ye... kalau ikut internet sebelum ada 20 versi...

http://www.bible.ca/islam/islam-quran-changed-20-versions.htm
http://www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Qiraat/hafs.html

Kaji lagi...


Memang dah kaji dah pun.
Bukan bahasa tapi dialek suku-suku. Macam lebih kurang dengan loghat.
Bukan bangsa tapi suku-suku. Macam Jawa, Bugis dll

Bukti? Ada. Kalau kita lihat bangsa arab tu terdiri daripada suku-suku. Contohnya bani Hashim, bani Quraisy dll.

Memang la jika banyak suku, then banyak dialeknya. So tak hairan kalau jumpa 20 semuanya.
Tapi semua dialek itu memberi makna yang sama.
Cumanya di bimbangi suku lain membaca Al-Quran yang ditulis dalam dialek suku lain. Itu boleh mendatangkan salah faham. Cthnya org malaysia membaca tulisn org Indonesia. Perkataan "gampang" boleh disalahfaham kan kepada maksud celaka bagi org malaysia, tetapi maksud sebenarnyaadalah mudah bagi org indonesia.

Buktikan dulu ianya sama dgn asal dulu.... Bagi buku asal tu.

Buktinya adalah Al-Quran itu sendiri di mana dalam Al-Quran tidak ditemuikan sebarang kesalahan di dalamnya. Kebenaran al-Quran terbukti dengan kebersihannya daripada unsur-unsur kesalahan. so jika al-Quran benar maka ia menyamai buku asalnya kerana buku asalnya juga benar.

kompia23 Publish time 30-3-2011 10:27 AM

Jika kamu rasa yang lagi satu versi itu betul, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan yang satu lagi versi itu benar-benar tercatat dalam autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Saya tidak katakannya silap. Saudara yg katakan sedemikian. Saya ada byk manuskrip menyokong saya. Apa pula yg saudara gunakan utk menyokong dakwaan saudara?

Saya tak mahu lihat kitab yang sudah terbukti salah dan tiada kepastian.

Selagi itulah, saudara tidak akan menemui kebenaran.

Bukti? Ada. Kalau kita lihat bangsa arab tu terdiri daripada suku-suku. Contohnya bani Hashim, bani Quraisy dll. {/quote]

Boleh bagi buku asal yg tiada noktah, koma dan perenggan sebagaimana dikatakan dlm sejarah penulisan buku saudara tu. Ada? Utk membuktikan yg sekrg ini sama dgnnya.

Buktinya adalah Al-Quran itu sendiri di mana dalam Al-Quran tidak ditemuikan sebarang kesalahan di dalamnya. Kebenaran al-Quran terbukti dengan kebersihannya daripada unsur-unsur kesalahan. so jika al-Quran benar maka ia menyamai buku asalnya kerana buku asalnya juga benar.

Bagi buku asal tu baru kita pasti. Sebagaimana saudara minta dari saya. Kalau tidak, tak pasti tu... :P

Sekian.
Pages: [1]
View full version: Pale Horseman


ADVERTISEMENT