mattzzx Publish time 26-3-2024 01:17 PM

Ucap sambut Ramadan pun dituduh pengganas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rudiger1_1711427409.jpg
RUDIGER ketika beraksi bersama Real Madrid. FOTO AFP

Berlin: Antonio Rudiger dan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengambil tindakan undang-undang selepas bintang Jerman itu dikaitkan dengan pertubuhan pengganas.

Awal bulan ini, Rudiger, seorang Muslim yang taat, menyiarkan foto di Instagram dirinya mengenakan jubah putih di atas sejadah.

Dia menunjukkan jari telunjuk tangan kanannya ke atas bersama ucapan salam Ramadan: "Semoga puasa dan solat kita diterima oleh Yang Maha Esa."

Bekas editor BILD, Julian Reichelt menyiarkan di X: "Untuk mereka yang tidak mahu mengiktiraf ucapan Islamis Antonio RĂ¼diger sebagai ucapan Islamis: Pejabat Persekutuan untuk Perlindungan Perlembagaan memanggil isyarat ini sebagai 'jari IS' dan jari telunjuk sebagai tanda jelas Islamisme."


Kini Rudiger telah memfailkan aduan ke pejabat pendakwa raya Berlin, dan DFB juga melaporkan kes itu kepada Pejabat Pusat Membanteras Jenayah Internet (ZIT).

Bintang Real Madrid itu berasa difitnah hanya kerana gambar di Instagram pada awal bulan Ramadan itu.

Ketika ditanya, Rudiger berkata dia tidak mahu mengulas mengenainya.

Rudiger mengemukakan aduan jenayah terhadap Reichelt kepada pejabat pendakwa raya Berlin, 'kerana penghinaan fitnah serta hasutan,' seperti yang dinyatakan dalam aduan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1074063/ucap-sambut-ramadan-pun-dituduh-pengganas
Pages: [1]
View full version: Ucap sambut Ramadan pun dituduh pengganas


ADVERTISEMENT