mattzzx Publish time 26-3-2024 09:28 AM

Ariana Madix akhirnya beli rumah sendiri

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F25%2F2610165.png
Ariana sudah tidak sabar berpindah ke kediaman baharunya.

PERSONALITI televisyen Ariana Madix akhirnya berpindah keluar dari kediaman bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta) yang dibeli bersama bekas teman lelakinya pelakon Tom Sandoval.

Bintang Vanderpump Rules itu membuat keputusan tersebut selepas jatuh cinta dengan sebuah banglo bernilai AS$1.6 juta (RM7.6 juta) di Hollywood Hills, California.

Menurut sumber, Ariana jatuh cinta dengan rumah tersebut dan teruja memulakan lembaran baharu dalam kehidupannya selepas berpisah dengan Tom.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/25/2610167.png

Ariana berpisah dengan Tom selepas isu aktor itu curang tersebar.

Ini kerana, sejak berpisah pada Mac tahun lalu, Ariana dan Tom masih tinggal di banglo mewah berkenaan kerana masing-masing berdegil tentang penyelesaian terhadap kediaman tersebut.

Tom berharap dapat membeli rumah itu sepenuhnya tetapi Ariana pula mahu menjual dan membahagikan hasilnya sama rata.

Arian turut memfailkan saman terhadap Tom kerana memaksa penjualan hartanah tetapi pelakon itu membuat bantahan.


Perbicaraan mengenai kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

Pasangan itu berpisah selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta kerana pelakon itu berlaku curang dengan sahabatnya sendiri, Rachel Leviss.

Ariana juga sudah bertemu pengganti selepas bertemu di sebuah majlis perkahwinan di New York.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/26/setahun-tinggal-bersama-selepas-berpisah-ariana-madix-akhirnya-beli-rumah-sendiri

Supersirap Publish time 26-3-2024 12:44 PM

Seronok dapat rumah duduk di rumah baharu

hokeypokey Publish time 27-3-2024 11:36 PM

cantik rumah dia
Pages: [1]
View full version: Ariana Madix akhirnya beli rumah sendiri


ADVERTISEMENT