mattzzx Publish time 26-3-2024 08:53 AM

Rice kapten, Toney sedia beraksi - Southgate

https://assets.bharian.com.my/images/articles/decaladfatnw4sd_1711412340.jpg
Pemain tengah England, Declan Rice (kiri) akan turun sebagai kapten untuk aksi persahabatan menentang Belgium di Wembley, London. - Foto AFP

LONDON: Ivan Toney bakal membuat penampilan keduanya untuk England apabila berdepan Belgium dalam aksi persahabatan awal pagi esok, manakala pemain tengah, Declan Rice akan meraikan kap ke-50nya sebagai kapten, kata pengendalinya, Gareth Southgate.

Toney dipanggil buat kali pertama sejak digantung lapan bulan kerana melanggar peraturan pertaruhan Persatuan Bolasepak Inggeris dan penyerang Brentford itu akan beraksi untuk kali kedua selepas setahun.

Dengan kapten Harry Kane tidak tersenarai kerana kecederaan buku lali, Toney akan berpeluang menerajui jentera serangan England selepas Ollie Watkins bergelut ketika kekalahan 1-0 di tangan Brazil minggu lalu.

"Ivan akan terbabit dalam perlawanan ini. Dengan apa yang berlaku, perancangan awal untuk minggu ini sedikit berbeza.



https://assets.bharian.com.my/images/articles/toanfuh2u4gswe_1711412342.jpg
Penyerang England, Ivan Toney (tengah) akan tampil buat kali kedua selepas digantung kerana melanggar peraturan pertaruhan. - Foto AGENSI

"Kami mungkin akan mencuba lebih ramai pemain. Menilai pemain-pemain ini berdepan lawan yang hebat akan membantu kami membuat perancangan untuk masa hadapan," kata Southgate.

Memandangkan bek-bek berpengalaman seperti Kyle Walker dan Harry Maguire juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan, Southgate berkata dia akan memberikan lilitan kapten kepada pemain tengah Arsenal, Rice.

"Ia adalah kap ke-50nya. Dia mempunyai pengalaman dan saya rasa ia peluang terbaik buat pemain-pemain muda ini untuk menunjukkan kepimpinan dan merasainya.

"Beberapa pemain tonggak tidak bersama kami, jadi ia pendekatan berbeza, peluang terbaik untuk pemain-pemain lain menonjol, memimpin dan berkembang," katanya.

Rice, 25, berkata dia terkejut apabila diberitahu akan menerajui England untuk aksi di Wembley nanti.

"Apabila dia (Southgate) memberitahu saya semalam, saya memeluknya dan berkata, 'Terima kasih'.

"Saya amat terhutang budi kepadanya. Sejak menyertai pasukan ini, dia membuatkan saya rasa seperti berada di rumah sendiri.

"Saya sangat selesa bermain di bawah bimbingannya dan keyakinan saya juga meningkat. Untuk kap ke-50, turun di hadapan keluarga dan rakan-rakan adalah satu penghargaan," kata Rice. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227922/rice-kapten-toney-sedia-beraksi-southgate
Pages: [1]
View full version: Rice kapten, Toney sedia beraksi - Southgate


ADVERTISEMENT