mattzzx Publish time 26-3-2024 08:51 AM

Pemain remaja meninggal dunia akibat 'sepakan maut'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wassim111_1711411648.jpg
BARISAN pemain kedua-dua pasukan mengerumuni Wassim sebaik permainan dihentikan. FOTO AGENSI

Algiers: Seorang pemain bola sepak remaja maut selepas terkena sepakan di bahagian perut dalam satu perlawanan.

Wassim Jazzar, pemain berusia 17 tahun dari kelab amatur Algeria, mengalami kecederaan itu ketika bertembung dengan pemain pertahanan lawan.

Semasa cuba mengeluarkan bola, dia secara tidak sengaja ditendang di perut oleh pihak lawan dan serta-merta rebah di atas padang.

Barisan pemain dari kedua-dua pasukan mengerumuninya sebaik permainan dihentikan.


Laporan media tempatan menyatakan tiada ambulans atau doktor di sekitar kawasan itu sehingga menyaksikan Wassim terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kereta biasa.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia dengan 'sepakan maut' itu dikatakan sebagai punca kematian.

Media Algeria melaporkan yang Wassim meninggal dunia sejurus selepas terkena sepakan itu.

Berita kematian berkenaan hadir selepas bola sepak Colombia dikejutkan dengan pemergian Guillermo Beltran, yang tumbang ketika latihan.

Penyerang Real Santa Cruz itu mengadu pening dan mual sebelum rebah pada Jumaat lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073980/pemain-remaja-meninggal-dunia-akibat-sepakan-maut
Pages: [1]
View full version: Pemain remaja meninggal dunia akibat 'sepakan maut'


ADVERTISEMENT