mattzzx Publish time 26-3-2024 08:50 AM

Digantung 2 tahun angkara buat hal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gabi11_1711409867.jpg
GABRIEL Barbosa digantung dua tahun. FOTO AFP

Brasilia: Penyerang Flamengo, Gabriel Barbosa atau dikenali sebagai Gabigol digantung selama dua tahun kerana cubaan menipu semasa ujian doping, kata mahkamah sukan Brazil.

Gabigol, 27, didakwa menyukarkan keadaan semasa ujian mengejut anti-doping April tahun lalu di ibu pejabat kelab dekat Rio de Janeiro.

Semasa ujian itu, menurut media tempatan, Gabigol gagal mengikut jadual ditetapkan, tidak menghormati pegawai dan gagal mematuhi arahan.

"Atlet yang disebutkan telah dibicarakan hari ini oleh Mahkamah Anti-Doping Sukan dan secara majoriti diputuskan bahawa berlaku penipuan pelanggaran peraturan anti-doping," kata mahkamah dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.


Hukuman itu yang mana boleh dirayu, akan bermula pada 8 April.

Rakan sepasukannya menjalani ujian pada waktu pagi, manakala dia tidak mengendahkan permintaan untuk hadir sebaliknya tampil selepas waktu makan tengah hari, menurut pertuduhan itu.

Apabila dia akhirnya tampil untuk melakukan ujian itu, Gabigol dilaporkan kecewa kerana seorang pegawai mengiringinya ke bilik air. Dia juga tidak menghormati protokol pengumpulan sampel.

Gabigol yang juga tonggak penting kepada kejayaan Flamengo memenangi gelaran liga dan Copa Libertadores pada 2019 bagaimanapun menafikan sengaja cuba menipu.

"Pemain Flamengo telah mengesahkan bahawa ujian telah dijalankan dan keputusannya negatif," kata peguamnya pada Disember, apabila dakwaan itu mula-mula muncul.

"Berdasarkan kepada maklumat ini, tiada apa-apa bukti yang boleh menjejaskan atau melanggar protokol," tambah peguam itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073975/digantung-2-tahun-angkara-buat-hal

Supersirap Publish time 26-3-2024 02:19 PM

2 tahun digantung disebabkan elak ujian doping
Pages: [1]
View full version: Digantung 2 tahun angkara buat hal


ADVERTISEMENT