Vellfire Publish time 26-3-2024 06:31 AM

Lelaki halang tugas polis bantuan dipenjara dua bulan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/mahkamahsibu01.jpg

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun kerana menghalang anggota polis bantuan menjalankan tugasnya.
Majistret Romario Jonoi menjatuhkan hukuman itu selepas Norbert Kwok dari Sibu Jaya mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 20 Mac lalu, kira-kira jam 1.05 petang di Lapangan Terbang Sibu di sini.
Mengikut fakta kes, seorang pengadu menghalang tertuduh cuba memasuki Ruang VIP Lapangan Terbang Sibu.
Tertuduh bertindak agresif dan tidak memberi kerjasama apabila pengadu memintanya menunjukkan kad pengenalannya.
Dia juga menentang dan bergelut semasa ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Siasatan polis kemudian mendapati tertuduh menceroboh balai berlepas Lapangan Terbang Sibu tanpa tiket penerbangan dan kebenaran.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Kumareswaran Murugan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/lelaki-halang-tugas-polis-bantuan-dipenjara-dua-bulan
Pages: [1]
View full version: Lelaki halang tugas polis bantuan dipenjara dua bulan


ADVERTISEMENT