Vellfire Publish time 26-3-2024 06:26 AM

Kompleks Mahkamah Baharu Sri Aman dalam peringkat prapembinaan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/fw1346752kl3913122023parlimen-scr.jpg

KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Kompleks Mahkamah Baharu Sri Aman kini dalam peringkat prapembinaan, melibatkan kerja awalan di tapak projek dan pelaksanaan Pengurusan Nilai Projek.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata kerja pembinaan di tapak, dijangka akan mula dilaksanakan selepas kerja di bawah aktiviti prapembinaan projek selesai.
“Kerajaan yakin Kompleks Mahkamah Baharu Sri Aman ini dapat memenuhi keperluan mahkamah serta dapat memberi keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada semua pengguna mahkamah apabila siap kelak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodie (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu status terkini pembinaan bangunan baharu mahkamah di Sri Aman, yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2024. -- BERNAMA

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/kompleks-mahkamah-baharu-sri-aman-dalam-peringkat-prapembinaan
Pages: [1]
View full version: Kompleks Mahkamah Baharu Sri Aman dalam peringkat prapembinaan


ADVERTISEMENT