Vellfire Publish time 26-3-2024 06:23 AM

Empat individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Sri Aman

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/filefield_paths/whatsapp_image_2024-03-25_at_19.50.05_c2622389.jpg

MATHEW
KUCHING: Empat individu mengalami kecederaan setelah kenderaan yang dipandu terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 64 Jalan Sri Aman, kawasan Aping, Sri Aman hari ini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintenden Mathew Mangie berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 pagi.Menurutnya, empat kenderaan melibatkan dua pikap, lori dan sebuah kereta.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kch-ub250324-hs-kemalangan-p1.jpg
Keadaan pikap yang terbabas tanpa meninggalkan tanda serta petunjuk kepada kenderaan lain.
"Nahas terbabit dipercayai berlaku apabila sebuah pikap yang dipandu seorang peniaga telah terbabas semasa menuju ke Kuching dari Sibu.
"Mangsa seterusnya menghubungi adiknya di Sri Aman untuk membantu membawa mangsa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan dan meninggalkan kenderaan yang terlibat kemalangan itu tanpa papan tanda serta pertunjuk kepada kenderaan yang menggunakan laluan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/filefield_paths/kch-ub250324-hs-kemalangan-p2.jpg
Kereta dipandu guru yang terlanggar pikap yang ditinggalkan selepas kemalangan.
Mengulas lanjut, sebuah kereta yang dipandu seorang guru bergerak dari Sri Aman menuju ke Sekolah Kebangsaan Sebuyau, Ensengei Simunjan menggunakan laluan kanan tiba-tiba telah melanggar sebuah kenderaan yang ditinggalkan tanpa apa-apa tanda itu.
Pada masa yang sama, sebuah lori yang datang dari simpang Sri Aman menuju ke Kuching menggunakan lorong kiri mula memperlahankan kenderaannya setelah mendapati berlaku kemalangan di hadapannya.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/filefield_paths/kch-ub250324-hs-kemalangan-p3.jpg
Keadaan sebuah lagi pikap dan lori dalam kemalangan hari ini.
"Semasa lori tersebut memperlahankan kenderaan, tiba-tiba pemandu terdengar bunyi yang kuat dari arah belakang.
"Pemandu lori telah memberhentikan lori ke kiri jalan dan mendapati sebuah pikap telah melanggar bahagian bumper belakang sebelah kiri lori terbabit," jelasnya.
Ujarnya, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kemalangan tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/empat-individu-cedera-dalam-kemalangan-empat-kenderaan-di-sri-aman
Pages: [1]
View full version: Empat individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Sri Aman


ADVERTISEMENT