Vellfire Publish time 26-3-2024 06:16 AM

Sarawak siap sedia anjur SUKMA pada Ogos

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kch-ub250324-at-norzasukma.jpeg

Norza (kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia. - Gambar Penerangan
KUCHING: Sarawak telah bersiap sedia untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsung pada Ogos tahun ini, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria.
Menurut Norza, Sarawak merupakan negeri contoh yang telah banyak melakukan pelaburan dari segi pembangunan sukan yang bertaraf tinggi dan antarabangsa.
“SUKMA adalah acara sukan terbesar yang diadakan di Malaysia dan dinantikan oleh atlet-atlet muda dan Sarawak telah bersiap sedia untuk penganjurannya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
SUKMA adalah platform untuk atlet-atlet negara bersaing bagi kelayakan ke Sukan SEA di Thailand pada 2025.
Pada kunjungan itu, Norza turut menyampaikan penghargaan kepada Premier serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah atas peluang kepada MOM untuk memainkan peranan dalam membawa pergerakan sukan Olimpik ke Sarawak.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu merangkap Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia Azizul Annuar Adenan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/sarawak-siap-sedia-anjur-sukma-pada-ogos
Pages: [1]
View full version: Sarawak siap sedia anjur SUKMA pada Ogos


ADVERTISEMENT