Vellfire Publish time 26-3-2024 06:11 AM

JBPM Sarawak gerak anggota bantu bersihkan tumpahan minyak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kch-ub250324-hs-jbpm-p2.jpg

Anggota bomba membantu membersihkan tumpahan minyak di kawasan Siburan.
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menggerakkan anggotanya membantu membersihkan tumpahan minyak di dua lokasi di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, JBPM Sarawak memberitahu, dua lokasi itu ialah di kawasan jalan Premier Foodcourt Batu 9, Siburan dan Jalan Satok, Kuching.Menurutnya, di Jalan Satok, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut sekitar jam 12.57 pagi.
"Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bergegas ke lokasi.
"Setiba di lokasi, terdapat tumpahan minyak dari jejambat Satok hingga Jambatan Satok yang dianggarkan sepanjang dua kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, anggota bertindak melakukan operasi menabur habuk kayu di sepanjang jalan berkenaan.
Sementara itu di Siburan, sepasukan anggota dari BBP Siburan bergegas ke lokasi setelah menerima laporan pada jam 1.01 pagi.
"Terdapat tumpahan minyak di jalan terbabit yang dianggarkan sepanjang 40 meter di mana beberapa kereta telah terlibat kemalangan disebabkan kejadian itu," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/jbpm-sarawak-gerak-anggota-bantu-bersihkan-tumpahan-minyak
Pages: [1]
View full version: JBPM Sarawak gerak anggota bantu bersihkan tumpahan minyak


ADVERTISEMENT