Vellfire Publish time 26-3-2024 06:04 AM

Pembangunan di Sebauh dilaksana secara berperingkat

Projek masjid, gereja, stadium mini, Jambatan Kemena, dua jambatan di Sungai Binyo diluluskan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/btu-ub250324ar-taklimat-p1.jpg

Dr Rundi ketika menghadiri taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Sebauh, Bintulu.
BINTULU: Projek pembangunan di daerah Sebauh dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu berkata, hasil taklimat dengan beberapa agensi serta jabatan kerajaan berkaitan meluluskan projek pembinaan masjid, gereja, stadium mini, Jambatan Kemena dan dua jambatan di Sungai Binyo.
"Turut diluluskan pembinaan ialah Waterfront Sebauh dan Jalan Hulu Pandan," katanya ketika menghadiri taklimat status pelaksanaan projek di Sebauh, di sini Jumaat lalu.
Menurutnya, kerajaan sudah memohon tempat bagi tanah perkuburan buat masyarakat di Sebauh dan Hulu Sebauh di hadapan Sungai Kemena.
Mengenai projek Jambatan Sungai Kemena dan Jambatan Sungai Binyo, Dr Rundi berkata projek terbabit sudah diserahkan kepada kontraktor baharu kerana tidak dapat diteruskan kontraktor terdahulu.
"Secara keseluruhannya, projek dilaksanakan pembinaannya pada masa sekarang giat dijalankan dan mengikut tempoh ditetapkan dalam jadual asal," jelasnya.
Begitupun, katanya melalui peruntukan diluluskan diharap kerja-kerja pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan dalam tempoh 2025 dan 2026.
Dr Rundi berkata, projek kerajaan mengambil masa dan setiap pihak harus melihat dari segi pelaksanaan kerana jika pendekatan proaktif tidak diambil, melewatkan penyiapan sesebuah projek.
"Manakala status pembinaan jalan ke Hulu Pandan, setakat ini jalan fasa pertama sudah disiapkan dan kini memasuki fasa kedua pembinaannya.
"Fasa ketiga sudah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Wilayah (KPW), tender dikeluarkan dalam masa terdekat dan pembinaan jalan raya itu diteruskan sehingga ke Rumah Irai di Bukit Mawang, Binyo," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pembangunan-di-sebauh-dilaksana-secara-berperingkat
Pages: [1]
View full version: Pembangunan di Sebauh dilaksana secara berperingkat


ADVERTISEMENT