Vellfire Publish time 26-3-2024 05:55 AM

RM5 juta baik pulih masjid, surau, dewan baharu Persatuan Chung Hua Lundu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kch-ub250324-mm-azizul-p1.jpg

Azizul bergambar bersama yang lain pada majlis penyerahan geran MRP dan bantuan pelajar IPT di Dewan Serba Guna Mahligai Gading di Lundu.
KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membaik pulih masjid dan surau di kawasan Tanjong Datu serta pembinaan sebuah dewan baharu bagi Persatuan Chung Hua Lundu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membaik pulih masjid dan surau di kawasan DUN Tanjong Datu.
Sementara bakinya iaitu RM3.5 juta pula kata beliau, adalah untuk Persatuan Chung Hua Lundu membina dewan baharu.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) dan bantuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Dewan Serba Guna Mahligai Gading di Lundu baru-baru ini.
Pada majlis sama, 23 persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima Geran MRP Fasa 1 manakala 27 pelajar menerima bantuan pelajar IPT.
Selain itu, Azizul turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan sasar bagi kawasan Tanjong Datu dan simbolik penyerahan dilakukan kepada Pemanca Melayu Daerah Lundu Bentani Suni.
Azizul selepas itu ke Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem Lundu untuk menghadiri penyerahan sumbangan asnaf Zon Lundu dan berbuka puasa bersama umat Islam yang hadir.
Dalam pada itu, seramai 50 orang asnaf dari Zon Lundu telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/rm5-juta-baik-pulih-masjid-surau-dewan-baharu-persatuan-chung-hua-lundu
Pages: [1]
View full version: RM5 juta baik pulih masjid, surau, dewan baharu Persatuan Chung Hua Lundu


ADVERTISEMENT