Vellfire Publish time 26-3-2024 05:53 AM

Manfaatkan sistem digital untuk pelihara budaya Cina di Sarawak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/sbw-ub250324-wz-budaya.jpg

Lau (dua kiri) semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut.
SIBU: Presiden Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak Albert Lau mencadangkan agar persatuan itu untuk beralih ke sistem digital dalam kerja-kerja pemeliharaan budaya mereka.
Bercakap dalam mesyuarat jawatankuasa mereka di sini pada Sabtu lalu, beliau berkata, mereka telah menyimpan banyak bahan budaya bercetak, dan ini boleh hilang pada masa akan datang.
Oleh itu, menurutnya, mereka perlu menyediakan dana bagi bahan ini untuk diimbas supaya ia dapat diteruskan untuk generasi akan datang.
"Ini mungkin memakan masa dan wang tetapi kita harus mengikut zaman digital dalam kerja-kerja pemeliharaan Budaya Cina kita," katanya.
Untuk tujuan itu, Lau secara peribadi menderma RM50,000.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh wakil cawangan persatuan dari Kuching, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Sibu, Bintulu dan Miri.
Dalam pertemuan itu, Lau turut merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli atas usaha mereka dalam memelihara budaya Cina Borneo.
Beliau berharap melalui usaha ini, mereka akan menarik lebih ramai ahli bagi memperkasakan usaha mereka dalam kerja-kerja pemeliharaan.
Lau secara khusus menegaskan bahawa disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020, mereka terpaksa membatalkan sambutan ulang tahun mereka pada tahun itu.
Beliau berkata, atas sebab yang sama mereka juga turut membatalkan penganjuran edisi kelima Persidangan Antarabangsa Kajian Cina Borneo pada tahun itu.Beliau berkata pengkaji budaya mungkin datang dari seluruh negara seperti Taiwan, Australia dan China.
"Kehidupan kini kembali normal. Untuk melaksanakan semula apa yang telah kita batalkan ketika itu, saya cadangkan kita boleh mempertimbangkan untuk menganjurkan ulang tahun ke-35 persatuan kita.
"Kita boleh berbincang lebih lanjut mengenai cadangan ini," ujarnya lagi.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/manfaatkan-sistem-digital-untuk-pelihara-budaya-cina-di-sarawak-albert-lau
Pages: [1]
View full version: Manfaatkan sistem digital untuk pelihara budaya Cina di Sarawak


ADVERTISEMENT