Vellfire Publish time 26-3-2024 05:52 AM

Jelajah RTM Sarawak di Sibu telah berakhir

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/sbw-ub250324-wz-siney.jpg

Wan Azhan (lapan kiri), Sally (sembilan kanan) bersama yang lain semasa majlis berbuka puasa dan penghargaan anjuran PETROS di Sibu pada malam Ahad.
SIBU: Jelajah Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak yang berlangsung selama tiga hari di sini telah berakhir, semalam.
Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat berkata, program yang bermula pada 21 Mac lalu itu merupakan edisi ke-12.
"Namun, tahun ini kami menganjurkannya berbeza daripada tahun sebelumnya, kami kumpulkan semua personaliti RTM Sarawak terdiri daripada juruhebah radio, wartawan dan lain-lain di satu lokasi iaitu Sibu.
"Sebelum ini, pada Jelajah Ramadan, kami menjelajah dari satu stesen RTM ke stesen RTM yang lain di seluruh Sarawak yang sebenarnya melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Dengan kaedah ini, kita boleh fokus pada satu lokasi sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa dan penghargaan anjuran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di sebuah hotel di sini pada malam Ahad.
Beberapa program telah dianjurkan oleh RTM Sarawak sempena Jelajah Ramadan 2024, antaranya ialah pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai, penyampaian bakul makanan kepada golongan memerlukan, berbuka puasa dengan asnaf, dan banyak lagi.
Sementara itu, pada program berbuka puasa anjuran PETROS malam tadi, seramai 40 peserta daripada pelbagai agensi menyertainya.
Menurut Ketua Perhubungan Luar PETROS Sally Sheriza Ahmad, mereka yang menghadiri program berbuka puasa secara santai itu adalah mereka yang menjayakan program Siney-Siney PETROS Bersama RTM Sarawak.
"Siney-siney PETROS bersama RTM Sarawak adalah program sehari. Sejak pagi, kami bergotong-royong menyediakan sebanyak 1,000 pek bubur asyura untuk orang ramai.
"Kami membungkusnya dan mengedarkannya. Jadi malam ini adalah satu penghargaan buat mereka semua," tambahnya lagi.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/jelajah-rtm-sarawak-di-sibu-telah-berakhir
Pages: [1]
View full version: Jelajah RTM Sarawak di Sibu telah berakhir


ADVERTISEMENT