Vellfire Publish time 26-3-2024 05:49 AM

Penglibatan pelbagai pihak, YKN dialu-alukan untuk bantu lebih banyak golongan memerlukan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kch-ub250324-hs-bantuannancy-p1.jpg

Nancy merakam kenangan bersama-sama sekumpulan penerima sumbangan pada majlis berkenaan. - Gambar Penerangan
KUCHING: Penglibatan pelbagai pihak untuk tampil memberi sumbangan bersama-sama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dialu-alukan dalam membantu golongan yang memerlukan di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kerjasama pelbagai pihak itu sekali gus membolehkan lebih ramai golongan sasar dapat dibantu.
Menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan serta keperluan setiap golongan masyarakat di negara ini.
"Perkara yang diberi penekanan ialah dalam membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa.
"Dalam masa yang sama, penglibatan penyumbang melalui platform tanggungjawab sosial korporat dengan YKN membolehkan lebih ramai golongan sasar dapat dibantu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Sinar Kasih Ramadan YKN di sebuah hotel di sini pada Ahad.
Pada majlis itu, seramai 200 golongan sasar diraikan antaranya dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Pusat Pemulihan Samarahan dan penghuni Anjung Singgah YKN.
Terdahulu, seramai 500 orang tetamu yang terdiri Rakan Strategik YKN turut hadir pada majlis berkenaan.
Rakan strategik itu terdiri daripada jabatan agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang menyumbang wang tunai, menaja, berkolaborasi serta menyokong usaha YKN.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/penglibatan-pelbagai-pihak-ykn-dialu-alukan-untuk-bantu-lebih-banyak-golongan-memerlukan
Pages: [1]
View full version: Penglibatan pelbagai pihak, YKN dialu-alukan untuk bantu lebih banyak golongan memerlukan


ADVERTISEMENT