Vellfire Publish time 26-3-2024 05:39 AM

WARISAN yakin rampas semula kerusi DUN Limbahau

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kks-ub250324-ysh-shafiepapar1.jpeg

PRIHATIN: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan kepada penerima, turut sama Naib Presiden Datuk Jaujan (belakang, tiga kiri baju putih) dan Ketua Bahagian Papar George Jonik (dua kanan, berbaju warna unggu).
PAPAR: Parti WARISAN yakin mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pada awalnya kerusi DUN Limbahau sememangnya dimenangi WARISAN.
"Itu kita punya kerusi dari awal, biasanya dalam adat rundingan, dimana kerusi yang menang akan dipertahankan.
"Kita boleh runding, yang penting kemenangan dalam pilihan raya itu," katanya ditemui pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Asnaf di Kampung Surapit, hari ini.
Berkaitan dengan kerjasama dengan UMNO, Shafie berkata, perkara itu sudah disuarakan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Sabah tetapi tidak dibincangkan secara mendalam.
"Saya suarakan keinginan untuk bersama-sama adakan kerjasama. Kita ikhlas untuk merealisasikan kerjasama dan saya tekankan pentingnya untuk kita dapat pastikan bahawa kepentingan rakyat Sabah dan Sabah diberikan keutamaan.
"Saya faham perkara ini belum diputuskan di majlis tertinggi UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) dan WARISAN juga belum kita muktamadkan.
"Kita perlu memperhalusi pembahagian kerusi dan beberapa perkara yang perlu kita bersama-sama wujud persefahaman bagi meneruskan kerjasama ini."Ia terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/warisan-yakin-rampas-semula-kerusi-dun-limbahau
Pages: [1]
View full version: WARISAN yakin rampas semula kerusi DUN Limbahau


ADVERTISEMENT