Vellfire Publish time 26-3-2024 05:38 AM

Subsidi tiket penerbangan RM600 untuk pelajar IPT Sabah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/hajijionline2.jpg

HAJIJI
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumkan
bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi IPT di Semenanjung di sini hari ini.
Katanya, bantuan khas secara 'one off' sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.
"Bantuan khas tiket penerbangan 'one off' itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan.
"Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan," katanya.
Beliau berkata, bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/subsidi-tiket-penerbangan-rm600-untuk-pelajar-ipt-sabah
Pages: [1]
View full version: Subsidi tiket penerbangan RM600 untuk pelajar IPT Sabah


ADVERTISEMENT