Vellfire Publish time 26-3-2024 05:35 AM

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pasukan-khas-siasat-kes-bunuh-pelajar-kolej-vokasional

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kks-ub120421-san-petugas-p1copy.jpg

HAJIJI
KOTA KINABALU: Jasa dan sumbangan besar Mendiang Datuk Seri Panglima Sari Nuar Tan terutama dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi negeri ini akan terus dikenang.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, mendiang bukan hanya seorang tokoh pemimpin yang berjaya malah, seorang 'visioner' yang amat prihatin terhadap pembangunan pendidikan dan kesejahteraan sosial ekonomi negeri ini.
Katanya, dalam bidang pendidikan, Sari Nuar Tan menjadi pelopor dalam pembangunan pendidikan di negeri ini termasuklah dalam menyediakan biasiswa dan menggalakkan pengembangan program-program pendidikan dengan matlamat utama agar setiap anak Sabah memiliki akses untuk mendapat pendidikan berkualiti, tanpa dibatasi jarak dan status ekonomi.
Menurutnya, semasa menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah (SM) Kian Kok dari 1984 hingga 2014, banyak inisiatif dilakukannya untuk membantu pelajar, termasuk memberikan biasiswa kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam akademik.
“Sumbangannya tidak hanya membantu membentuk generasi muda yang berpengetahuan, malah beliau turut berusaha untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Peringatan Mendiang Datuk Seri Panglima Sari Nuar Tan di Dewan SM Kian Kok di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.
Hajiji berkata, ketika hayatnya, Sari Nuar Tan juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam beberapa pertubuhan, termasuklah Presiden Dewan Perhimpunan Cina Sabah, Presiden Dewan Perniagaan Cina Sabah, Presiden Dewan Perniagaan Cina Kota Kinabalu, dan Pengerusi Persatuan Hokkien Kota Kinabalu.
“Beliau meninggalkan legasi cemerlang dalam pembangunan pendidikan dan sumbangan besar dalam membangunkan Sabah secara keseluruhan.
"Jasa dan sumbangan mendiang akan terus dikenang dan dihargai oleh kerajaan negeri," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/jasa-sumbangan-besar-mendiang-sari-nuar-tan-terus-dikenang
Pages: [1]
View full version: https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pasukan-khas-siasat-kes-bunuh-pelajar-kolej-vokasional


ADVERTISEMENT