Vellfire Publish time 26-3-2024 05:30 AM

Pengukuhan sistem penghantaran grid Sabah perlu disegerakan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kks-ub250324-san-sesb-p1copy.jpg

MENARA: Mohd Yaakob (tiga kanan) bersama kakitangan SESB meninjau menara talian penghantaran T194 dan T300 di Ranau.
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berharap projek 'Southern Link' yang bakal melengkapkan grid di negeri ini akan dapat segera dilaksanakan tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata, pelaksanaan projek berkenaan sangat penting berikutan kejadian kecemasan melibatkan dua menara talian penghantaran T194 dan T300 di Ranau yang perlu dibaiki dengan segera akibat kerosakan struktur.
"Pada masa ini, satu-satunya talian penghantaran 275kV yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat Sabah adalah melalui talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.
"Projek Southern Link akan dilaksanakan melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 330 kilometer (km) bermula dari Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan Tawau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sekiranya projek itu diluluskan untuk pelaksanaan tahun depan, ia dijangka siap pada 2030.
Katanya, ia amat kritikal kerana lebih kurang 200 megawatt (MW) keperluan tenaga elektrik di pantai timur Sabah masih ditampung oleh penjanaan daripada pantai barat Sabah.
Mohd Yaakob berkata, SESB masih menunggu keputusan akhir kerajaan mengenai pelaksanaan projek Southern Link ini.
Selain itu jelasnya, kerosakan serius dua menara penghantaran sedia ada di Ranau ditangani segera oleh SESB dengan memasang menara lencongan kecemasan 'Emergency Restoration System' (ERS).
Menurutnya, pemasangan ERS itu adalah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Negeri Sabah dan dijangka dapat disiapkan lebih awal.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pengukuhan-sistem-penghantaran-grid-sabah-perlu-disegerakan
Pages: [1]
View full version: Pengukuhan sistem penghantaran grid Sabah perlu disegerakan


ADVERTISEMENT