Vellfire Publish time 26-3-2024 05:29 AM

Maritim Malaysia tahan bot bawa barang kawalan tanpa permit

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kks-ub250324-san-maritim-p1copy.jpg

DITAHAN: Bot pancing yang membawa barang kawalan tanpa permit sah ditahan Maritim Malaysia di perairan Kudat.
KUDAT: Sebuah bot pancing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas didapati membawa barang kawalan tanpa permit sah di perairan daerah ini Sabtu lepas.
Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot terbabit berjaya ditahan di kedudukan lebih kurang 0.5 batu nautika timur muara Marina Kudat sekitar jam 8.30 pagi.
Katanya, bot ronda Zon Maritim Kudat ketika itu sedang menjalankan rondaan dan segera bergerak ke lokasi sejurus menerima maklumat daripada Unit Perisikan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing terbabit dikendalikan dua orang warga tempatan berumur 28 dan 15 tahun.
"Pemeriksaan lanjut juga menemukan lapan tong berisi minyak petrol dan lima tong gas yang dibawa tanpa permit sah.
"Bot serta barang rampasan seterusnya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan selanjutnya.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen sah," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, kes berkenaan turut disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah kerana menyalahgunakan syarat lesen.
Dalam pada itu, pihaknya memohon kepada komuniti maritim untuk terus memberikan kerjasama melaporkan sebarang salah laku jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 yang beroperasi 24 jam.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/maritim-malaysia-tahan-bot-bawa-barang-kawalan-tanpa-permit
Pages: [1]
View full version: Maritim Malaysia tahan bot bawa barang kawalan tanpa permit


ADVERTISEMENT