Vellfire Publish time 26-3-2024 05:22 AM

Sabah antara negeri di kedudukan tertinggi dalam tempoh lima tahun

Edited by Vellfire at 25-3-2024 09:23 PM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/kks-ub250324-ysh-hajiji1.jpg

SERAH: Hajiji menyampaikan sumbangan kepada 728 penerima di Mukim Tambalang.
TUARAN: Sabah bakal menjadi antara negeri berada di kedudukan tertinggi di negara ini dalam tempoh lima tahun.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, beliau yakin perkara itu mampu dicapai dengan kepelbagaian perancangan bagi memperkasakan lagi taraf sosio-ekonomi rakyat.
"Apa yang penting adalah untuk membantu dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat," katanya ketika di Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat Mukim Tambalang di Masjid As-Sajdin, pada Ahad.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, beliau mahu Tuaran menjadi model penyatuan dan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan ketika ini.
"Saya mahu Tuaran menjadi contoh terbaik dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri hari ini," katanya.
Beliau juga mengingatkan semula rakyat agar tidak terpengaruh dengan berita palsu dan fitnah yang diwujudkan pembangkang terhadap kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Hajiji menjelaskan beliau mempunyai jadual yang padat sepanjang bulan Ramadan ini, bagaimanapun akan tetap meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama rakyat.
"Pada Isnin (25 Mac), saya akan pergi ke Pulau Pinang untuk berbuka puasa dengan 1,400 pelajar tajaan Yayasan Sabah," katanya.
Beliau turut menjemput rakyat untuk mengambil peluang mengukuhkan lagi hubungan dan semangat kekitaan dalam bulan Ramadan ini.
"Kita jangan lupa juga mereka yang kurang bernasib baik," katanya.
Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada 728 penerima dari 21 kampung dalam Mukim Tambalang.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Abdul Kassim Razali.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/sabah-antara-negeri-di-kedudukan-tertinggi-dalam-tempoh-lima-tahun
Pages: [1]
View full version: Sabah antara negeri di kedudukan tertinggi dalam tempoh lima tahun


ADVERTISEMENT