Vellfire Publish time 26-3-2024 05:21 AM

UMNO Sabah pilih kerjasama parti beri impak PRN17 depan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/twu-ub25032024-hs-umnop1.jpg

BELIA: Bung berkesempatan beramah mesra dengan belia-belia yang berada di pasar berkenaan.
TAWAU: UMNO Sabah mahu bekerjasama dengan parti yang berupaya memberi impak kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, pihaknya akan meneliti setiap parti yang mahu membentuk kerjasama dengan UMNO Sabah nanti.
Katanya, fokus UMNO Sabah bukan hanya membabitkan kerjasama berkaitan agihan kerusi antara parti semata-mata sebaliknya kesefahaman untuk memastikan kemenangan calon di kawasan yang ditandingi.
“Kita akan berunding dengan semua parti yang kita rasa boleh memberikan impak dalam pilihan raya dan agihan kerusi itu nanti akan dibincang secara terperinci.
“Paling penting bukan kerusi, tetapi kesefahaman antara parti-parti itu untuk memenangkan calon-calon di kawasan yang kita tandingi,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pasar Ramadan Sabindo, di sini semalam.
Menurutnya, UMNO Sabah juga telah mempunyai pilihan untuk calon yang bakal bertanding pada PRN17 itu nanti, namun mereka perlu memenuhi kriteria ditetapkan.
“Pilihan calon memang ada cuma saya punya pendirian calon itu perlu diterima, disukai dan dia boleh berkhidmat untuk rakyat.
“Sekiranya kriteria seumpama ini kita perolehi, UMNO Sabah akan dapat calon yang boleh menang dan berkesan selepas menang,” katanya.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240325/twu-ub25032024-hs-umnop2.jpg
LAWAT: Bung ketika melawat dan berjumpa dengan peniaga-peniaga di Pasar Ramadan Sabindo.

Mengulas lanjut Bung berkata, ketika ini UMNO Sabah sedang giat melakukan gerakan menjelajah daerah sebagai langkah persediaan menghadapi PRN17.
“Ia sekali gus berusaha menyakinkan rakyat supaya dapat melakukan perubahan besar demi kestabilan politik dan pembangunan negeri ini.
“Kita sudah merdeka 61 tahun tetapi nampak gaya seolah-olah masyarakat Sabah belum merdeka kerana masih berhadapan masalah air bersih termasuk di kawasan Sebatik sehingga menggali perigi untuk mencari sumber air,” katanya.
Terdahulu beliau meminta kerajaan negeri terus memberi peluang kepada para peniaga dan usahawan untuk memasarkan produk mereka melalui pasar malam yang boleh dibuka sepanjang tahun dengan menyediakan premis perniagaan secara kekal.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Jafry Arifin; Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing dan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Samasuddin Yusop.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/umno-sabah-pilih-kerjasama-parti-beri-impak-prn17-depan
Pages: [1]
View full version: UMNO Sabah pilih kerjasama parti beri impak PRN17 depan


ADVERTISEMENT