sfhzuraz Publish time 25-3-2024 06:29 PM

Polis tahan mekanik disyaki baling batu ke kenderaan ADUN

Polis tahan mekanik disyaki baling batu ke kenderaan ADUN


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25324aizat2_1711360944.jpg
AY Ling menunjukkan cermin MPV yang pecah. FOTO Aizat Sharif



Kangar: Tidak sampai 24 jam, polis menyelesaikan kes khianat membabitkan kerosakan cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling selepas menahan seorang mekanik motosikal di Kangar, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan kira-kira 4 petang di sini.
"Kita berjaya menahan suspek di tempat kerjanya di bengkel motosikal di mana suspek bertugas sebagai mekanik.
"Suspek mengakui bahawa dia yang melakukan perbuatan itu namun motif mengapa suspek melakukan tindakan berkenaan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, polis turut merampas seketul bata berwarna merah yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.
"Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, cermin MPV milik Ay Ling pecah selepas dibaling batu di kediamannya di Kangar awal pagi tadi.


Disiarkan pada: Mac 25, 2024 @ 5:52pm
Polis tahan mekanik disyaki baling batu ke kenderaan ADUN (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Polis tahan mekanik disyaki baling batu ke kenderaan ADUN


ADVERTISEMENT