mattzzx Publish time 25-3-2024 05:15 PM

Pemandu bas kilang maut kereta terperosok bawah treler

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ketekuninpadu1_1711357973.jpg
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa daripada kereta yang terperosok di bawah treler. - Foto ihsan IDP Jasin

JASIN: Seorang pemandu bas kilang maut selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah treler dan terperosok di bawah kenderaan berat itu di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata dalam kejadian jam 7.24 pagi itu, mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 60 tahun itu dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala Lipat Kajang.

"Sejurus tiba di simpang, treler itu keluar dan pada masa sama datang kereta Proton Wira dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak lalu merempuh bahagian tengah treler terbabit.


"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat," katanya turut mengesahkan kemalangan maut membabitkan treler dan kereta itu tidak membabitkan anak beranak seperti dakwaan dalam video kemalangan berkenaan yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1227792/pemandu-bas-kilang-maut-kereta-terperosok-bawah-treler
Pages: [1]
View full version: Pemandu bas kilang maut kereta terperosok bawah treler


ADVERTISEMENT