mattzzx Publish time 25-3-2024 04:39 PM

Polis rampas syabu dalam pek makanan segera bernilai RM503,520

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/polis-rampas-syabu.jpeg
Zam Halim (dua dari kiri) menunjukkan pek bungkusan makanan yang digunakan untuk menyorokkan dadah jenis syabu ketika ditemui di sidang akhbar di IPD Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang dibungkus dalam peket makanan segera susulan penangkapan tiga individu termasuk seorang wanita warga asing secara berasingan, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dua lelaki tempatan berusia 28 dan 39 tahun ditahan di sebuah kedai serbaneka melalui serbuan pada pukul 12 tengah malam, semalam.

“Bekalan dadah diperoleh daripada pembekal melalui aplikasi Telegram. Kemudian, ia dipek semula dan diedar kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Menurut Zam Halim, Task Force Balai Polis Cheras telah melancarkan dua serbuan dan berjaya merampas 15,735 gram dadah jenis methaphetamine bernilai RM503,520 yang diperoleh dari negeri di utara Semenanjung.

“Ujian air kencing suspek negatif dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka ada pasport dan sudah berada di Malaysia selama tiga minggu dan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Beliau berkata, warga tempatan yang bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lalu itu menjadikan sebuah kondominium mewah yang dikawal oleh pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah.

“Jumlah rampasan dadah itu mampu menanggung penggunaan 31,470 orang. Semua suspek direman lima hari sehingga Rabu, 27 Mac di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, Seksyen 39B ADB 1952. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/polis-rampas-syabu-dalam-pek-makanan-segera-bernilai-rm503520/
Pages: [1]
View full version: Polis rampas syabu dalam pek makanan segera bernilai RM503,520


ADVERTISEMENT