mattzzx Publish time 25-3-2024 04:32 PM

Oman sedia hadapi apa sahaja keadaan padang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/uyewguyewgyewguyguyerw_1711355134.jpg
Pemain Oman, Ali Sulaiman Al-Busaidi (kanan) bersama ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy (tengah) pada sidang media praperlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Oman di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Oman, Ali Sulaiman Al-Busaidi menegaskan bahawa dia bersedia dengan apa sahaja keadaan termasuk permukaan padang kurang baik pada aksi menentang Harimau Malaya, malam esok.

Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan digunakan untuk aksi keempat Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu didakwa tidak berada dalam keadaan terbaik.

Al-Busaidi menjelaskan, fokus utama pasukannya ketika ini adalah untuk berusaha sebaik mungkin bagi meraih kemenangan di gelanggang lawan.

"Kami sangat bersedia dengan apa sahaja keadaan (padang), cuaca, penonton, kami bersedia dengan semua keadaan. Insya-Allah kami akan memenangi perlawanan.


"Kami ke sini untuk menang dan jika kami dapat meraihnya, kami akan kekal di kedudukan teratas kumpulan. Kami akan menghadapi apa sahaja keadaan kerana kami percaya kami mampu menang.

"Kami menghormati Malaysia dan kami tahu mereka memiliki pemain yang bagus, namun kami juga ada pemain berkualiti. Kami akan berjuang bersama dan jurulatih juga mengetahui mengenai corak permainan Malaysia," katanya.

Oman memimpin saingan Kumpulan D selepas kejayaan menewaskan Malaysia 2-0 di Mucat, Jumaat lalu, namun mereka terikat enam mata bersama Kyrgyzstan dan Harimau Malaya yang berada di tangga kedua dan ketiga.

Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Dion Cools menjelaskan dia dan rakan sepasukan mendapat pengajaran apabila tewas kepada Oman.

Pemain Buriram United itu berkata, ketika ini adalah masa untuk memperbaiki kelemahan dalam usaha untuk bangkit dari kekalahan itu.

"Kami mendapat beberapa pengajaran yang bagus dalam aksi menentang Oman sebelum ini, jadi kami harus bangkit dan cuba mendapatkan keputusan yang lebih baik esok," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227774/oman-sedia-hadapi-apa-sahaja-keadaan-padang
Pages: [1]
View full version: Oman sedia hadapi apa sahaja keadaan padang


ADVERTISEMENT