mattzzx Publish time 25-3-2024 04:08 PM

Remaja bawah umur ditangkap nodai pelajar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/GH24_template_gari.jpg
Gambar hiasan

TAMPIN – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditangkap polis, kelmarin selepas didakwa menodai teman wanitanya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes itu kira-kira pukul 11.24 malam, Jumaat lalu.

Menurutnya, remaja lelaki berkenaan dipercayai merupakan teman lelaki mangsa serta sudah tidak bersekolah, manakala, mangsa masih lagi bersekolah.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya telah dinodai pada waktu siang di rumahnya hari yang sama laporan di buat. Susulan itu, satu tangkapan telah dibuat ke atas lelaki berkenaan kira-kira pukul 12.15 tengah malam, Sabtu lalu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

“Suspek kini ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/remaja-bawah-umur-ditangkap-nodai-pelajar/
Pages: [1]
View full version: Remaja bawah umur ditangkap nodai pelajar


ADVERTISEMENT