mattzzx Publish time 25-3-2024 03:40 PM

Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-217

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/25/2588988.jpg
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menghargai sumbangan serta jasa para pesara polis yang telah mencurahkan sumbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

    "Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.

"Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/656374/berita/nasional/agong-hargai-pengorbanan-warga-pdrm-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-ke-217
Pages: [1]
View full version: Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-217


ADVERTISEMENT