mattzzx Publish time 25-3-2024 02:18 PM

Jika dapat tiga mata, menakjubkan - Pan Gon

https://assets.bharian.com.my/images/articles/KIM_PAN_GON_SIDANG_MEDIA_PRA_PERLAWANAN_KELAYAKAN_PIALA_DUNIA_2026_DAN_PIALA..._1711345778.jpg
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dan Kapten Harimau Malaya, Dion Cools pada sidang media praperlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menentang Oman di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mahu barisan pemainnya menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk meraih keputusan positif berdepan Oman, malam esok.

Pengendali berusia 54 tahun dari Korea Selatan itu menyifatkan, bagus untuk Harimau Malaya sekiranya dapat meraih sekurang-kurangnya satu mata di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Beliau berkata, ia berdasarkan reputasi besar Oman yang berada di ranking 80 dunia, 52 anak tangga di depan Harimau Malaya yang menghuni kedudukan 132.

"Jika dapat satu mata berdepan pasukan ranking 80 dunia, ia bagus kerana kami masih lagi ada baki dua perlawanan. Jika dapat tiga mata (lawan Oman) ia menakjubkan.


"Oman pasukan yang bagus, lebih baik daripada kami dan sudah pasti mereka akan terus bermain secara menyerang. Mereka pasukan di ranking tinggi dan mungkin mahu merebut kedudukan teratas dalam kumpulan.

"Bagi kami, apa yang penting aksi di tempat sendiri dan kami akan memberi tentangan sebaik mungkin. Harap esok kami akan bagi anda perlawanan yang menarik," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Rekod kemenangan bersih Harimau Malaya dalam kempen kelayakan kali ini musnah di Muscat apabila tewas 0-2 kepada Oman pada Jumaat lalu.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara jatuh ke tangga ketiga Kumpulan D, namun berkongsi enam mata bersama Oman dan Kyrgyzstan yang menghuni dua kedudukan teratas.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227679/jika-dapat-tiga-mata-menakjubkan-pan-gon
Pages: [1]
View full version: Jika dapat tiga mata, menakjubkan - Pan Gon


ADVERTISEMENT