mattzzx Publish time 25-3-2024 02:11 PM

Polis kenal pasti identiti mayat rentung

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25324zuliaty1_1711345206.jpg
FISOL (depan) bersama pegawai dan anggotanya Sempena Memperingati Hari Polis ke-217 di IPK Kedah. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat lelaki rentung di ladang kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, setakat ini polis sudah menemubual keluarga mangsa untuk membantu siasatan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai berusia sekitar 60-an dan orang kurang upaya (OKU).

"Kita tengok tiada unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih sedang dijalankan.


"Setakat ini kita masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya Deputi Komisioner Adzli Abu Shah.

Media sebelum ini melaporkan mayat lelaki tanpa identiti dengan kesan terbakar ditemukan di kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling pada Jumaat lalu.

Mayat yang terbakar lebih 90 peratus itu ditemui penjaga kebun buah ketika sedang menghalau kera.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1073736/polis-kenal-pasti-identiti-mayat-rentung
Pages: [1]
View full version: Polis kenal pasti identiti mayat rentung


ADVERTISEMENT