mattzzx Publish time 25-3-2024 02:06 PM

Budak jatuh tingkat 16: Polis siasat kemungkinan cuai

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm287jatoh_1711345035.jpg
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Sungai Buloh: Polis sudah merakam keterangan ibu bapa kepada kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 16 Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, berdasarkan keterangan anak yang berusia empat tahun itu dikatakan hiperaktif.

"Berdasarkan siasatan, mangsa memanjat dan membuka tingkap sebelum terjatuh. Ketika kejadian, kedua ibu bapa berusia lingkungan 30-an sedang tidur di dalam bilik.

"Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada terdapat unsur kecuaian oleh ibu bapa mangsa," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematiannya.

Semalam, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki tempatan jam 4.28 petang.

Mohd Hafiz dilaporkan berkata, ketika kejadian kedua ibu bapa mangsa berusia lingkungan 30-an sedang lena tidur sebelum ibu mangsa terjaga dan melihat kanak-kanak lelaki itu sudah berada di bahagian luar tingkap di ruang tamu.

Beliau dilaporkan berkata, ibu mangsa tidak sempat untuk mendapatkan mangsa sebelum mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu terjatuh ke bawah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1073734/budak-jatuh-tingkat-16-polis-siasat-kemungkinan-cuai
Pages: [1]
View full version: Budak jatuh tingkat 16: Polis siasat kemungkinan cuai


ADVERTISEMENT