mattzzx Publish time 25-3-2024 01:52 PM

Kim Soo-hyun, Kim Sae-ron bercinta?

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-15.15.35.jpeg
Pelakon popular Korea Selatan, Kim Soo-hyun dan Kim Sae-rom didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

GARA-GARA gambar mesra tersebar, pelakon Kim Soo-hyun dan Kim Sae-rom didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

Semuanya berlaku selepas Sae-ron memuat naik foto berlaga pipi seperti pasangan kekasih bersama Soo-hyun dalam Instagramnya.

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun itu memuat naik hantaran tersebut pada pukul 1 pagi dan kemudian memadam perkongsian terbabit selepas 23 saat dimuat naik.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-15.15.50.jpeg
Sae-ron memuat naik foto berlaga pipi seperti pasangan kekasih bersama Soo-hyun dalam Instagramnya.

Dipercayai, Sae-ron memuat naik gambar tersebut secara tidak sengaja sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya hubungannya dengan pelakon drama It’s Okay Not To Be Okay itu.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Soo-hyun iaitu Gold Medalist menafikan bahawa pasangan itu sedang bercinta selain keliru tujuan utama aktres itu memuat naik hantaran terbabit.

    “Gosip berkaitan Soo-hyun adalah tidak benar. Gambar yang diambil pula ketika mereka masih si bawah agensi sama.

“Kami sendiri tidak pasti niat sebenar Sae-ron memuat naik hantaran tersebut,” kata wakil syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/kim-soo-hyun-kim-sae-ron-bercinta/

I.K.A888990 Publish time 28-3-2024 12:55 PM

attention seeker betul pompuan ni

Yoonggi Publish time 29-3-2024 08:23 AM

dah dinafikan awal2 oleh agency KSH pun. ada yg kata dia dah menyesal postkan gmbr tu sbb ikut emo sgt pd masa tu. katanya nk tunjuk la dia pun kwn dgn org2 yg famous dan popular dulu (sblm dia ada kes pandu dalam keadaan mabuk tu).

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:36 PM

tak sesuai
plz jangannn

bintangsejuk Publish time 31-3-2024 05:29 PM

KSR is not clean.. a lot of DS

annehuda Publish time 31-3-2024 09:21 PM

Maap KSH ni pun fishy gak. Dlm interview sblm ni die kata nk kawen umur 40an tapi nak bini dalam 20an. lgpun KSH ni mmg kenal pun ngan KSR ni masa KSR masih child actress. Fishy hokkay

annehuda Publish time 31-3-2024 09:22 PM



Nah bukti.

dakewa Publish time 1-4-2024 04:50 AM

So KSR ni pnggil KSH ni oppa ke ahjussi? Huhu
Pages: [1]
View full version: Kim Soo-hyun, Kim Sae-ron bercinta?


ADVERTISEMENT