mattzzx Publish time 25-3-2024 01:09 PM

Haaland mahu Hawk-Eye di setiap garisan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/halxacnt4wqgs_1711340885.jpg
Pemain Manchester City, Erling Haaland mendedahkan dia masih keliru dengan peraturan lontaran ke dalam. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Erling Haaland mahu teknologi garisan gol diguna pakai untuk semua garisan di atas padang.

Ketika ini Hawk-Eye hanya berfungsi di garisan gol, dengan balingan ke dalam serta sepakan sudut terpulang kepada pegawai perlawanan.

Musim ini terdapat beberapa keputusan kontroversi membabitkan sama ada bola sudah keluar sebelum gerakan yang menghasilkan jaringan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta yakin bola sudah terkeluar sebelum jaringan kemenangan Newcastle ketika menentang pasukannya pada November - namun dari sudut lain ia terbukti silap.


Haaland berkata, antara perubahan yang mahu dilihatnya ialah pengenalan teknologi garisan gol ke seluruh padang.

"Teknologi garisan gol perlu diperkenalkan ke seluruh padang, jadi anda akan sentiasa tahu apabila bola sudah keluar daripada permainan.

"Tetapi apa yang paling menjengkelkan saya ialah peraturan balingan ke dalam. Tidak kisah ke mana arah balingan anda, asalkan anda memegang bola dengan kedua-dua tangan.

"Saya tidak tahu berkenaan peraturan itu, dan jika saya yang membuat balingan pasti saya akan melakukan kesilapan.

"Pemain juga boleh mencuri beberapa meter ketika membuat balingan, saya rasa perlu ada had berapa jauh anda boleh pergi," kata Haaland.

Haaland, 23, kini dalam tugasan antarabangsa bersama Norway dan akan melayan kunjungan Slovakia di Oslo malam esok. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227622/haaland-mahu-hawk-eye-di-setiap-garisan
Pages: [1]
View full version: Haaland mahu Hawk-Eye di setiap garisan


ADVERTISEMENT