mattzzx Publish time 25-3-2024 01:08 PM

Tchouameni pecah rahsia destinasi Mbappe

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jamanaweg24gs_1711340614.jpg
Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni (kiri) ketika aksi persahabatan menentang Jerman di Stadium Groupama, Decines-Charpieu, Lyon. - Foto AFP



LYON: Aurelien Tchouameni seakan mengesahkan yang Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Kontrak Mbappe dengan Paris Saint-Germain tamat pada penghujung Jun dan dia sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Tchouameni, rakan sepasukan Mbappe dalam skuad kebangsaan Perancis, berkata pemain 25 tahun itu akan bermain untuk Real musim depan.

Dalam satu temu bual, Tchouameni berkata: "Peminat di Sepanyol tahu kelebihan Kylian, walaupun melihatnya setiap hari, mereka pasti akan teruja dengan kehebatannya."

Mbappe sebelum ini mendedahkan dia akan membuat pengumuman berkenaan masa depannya sebelum Euro 2024 bermula pada Jun.

Real dilaporkan mencapai persetujuan dengan Mbappe, yang hampir menyertai mereka pada tahun 2022.

Tchouameni berada di Real sejak tahun 2022 selepas berpindah dari Monaco. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227620/tchouameni-pecah-rahsia-destinasi-mbappe
Pages: [1]
View full version: Tchouameni pecah rahsia destinasi Mbappe


ADVERTISEMENT