mattzzx Publish time 25-3-2024 11:34 AM

7.72 juta rakyat Malaysia sudah kemas kini data PADU

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_2024-03-24_16-45-45_1711337518.jpg
Rakyat Malaysia diminta mendaftar dan mengemas kini data di Pangkalan Data Utama (PADU) berikutan hari terakhir menjelang 31 Mac ini. - NSTP/Raihana Mansor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7.72 juta rakyat di negara ini sudah mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat tengah malam tadi.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 35.1 peratus atau 21.97 juta adalah dalam kalangan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Katanya, jumlah individu yang mengemas kini data itu dilihat semakin meningkat menjelang tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 31 Mac ini.

"Negeri paling tinggi yang mengemas kini sistem PADU adalah di Selangor dengan 1.19 juta, diikuti Sarawak sebanyak 0.86 juta dan Johor iaitu 0.86 juta.


"Selain itu ialah Perak dengan 0.73 juta, Sabah (0.67 juta), Kedah (0.57 juta), Kelantan (0.51 juta), Kuala Lumpur (0.47 juta), Terengganu (0.37 juta) dan masing-masing 0.43 juta dilaporkan di Pulau Pinang dan Pahang.

"Ia diikuti Negeri Sembilan (0.32 juta), Melaka dengan 0.23 juta, Perlis (0.09 juta), Putrajaya (0.03 juta) dan Labuan (0.02 juta)," katanya kepada BH hari ini.

Katanya, secara keseluruhan bilangan warga negara yang berusia 0 tahun ke atas dalam sistem PADU yang bersumberkan pentadbiran adalah sebanyak 30.08 juta orang.

"Daripada jumlah itu, seramai 21.97 juta adalah dalam kalangan dewasa iaitu berumur 18 tahun ke atas," katanya.

Pada 2 Januari lalu, PADU dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pangkalan data berkaitan maklumat asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima rakyat.

Objektifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan, menggubal dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata penyasaran semula subsidi nanti akan menggunakan maklumat yang ada dalam sistem PADU.

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227574/772-juta-rakyat-malaysia-sudah-kemas-kini-data-padu
Pages: [1]
View full version: 7.72 juta rakyat Malaysia sudah kemas kini data PADU


ADVERTISEMENT