mattzzx Publish time 25-3-2024 11:07 AM

Menantu suka marah cucu punca nenek lari

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-25-at-09.10.04.jpeg
Maryati

REMBAU – Seorang wanita warga emas yang dipercayai hilang sejak pagi Jumaat lalu di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini, rupanya membawa diri ke rumah saudaranya di Seremban.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, wanita berkenaan, Maryati Wagimin, 86, iaitu warganegara Indonesia pulang ke rumah semalam.

Menurutnya, hasil temubual didapati warga emas berkenaan telah pergi ke rumah saudaranya dengan menaiki teksi.

“Ini berpunca kerana warga emas tersebut tersinggung dan terasa hati dengan menantunya. Ini kerana menantunya sering memarahi dan menegur cucunya, jika cucunya nakal dan tidak mendengar kata.

“Ini menyebabkan warga emas terasa seolah-olah menantunya memarahi beliau. Warga emas itu juga amat menyayangi dan memanjakan cicitnya.

“Oleh kerana terlalu rindu cucu dan cicitnya, warga emas berkenaan telah meminta saudaranya untuk menghantarnya kembali ke rumah,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/menantu-suka-marah-cucu-punca-nenek-lari/
Pages: [1]
View full version: Menantu suka marah cucu punca nenek lari


ADVERTISEMENT