mattzzx Publish time 25-3-2024 11:02 AM

Kim Kardashian anggap Hermes barang murahan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-15.42.23-1.jpeg
KIM KARDASHIAN

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menarik perhatian ramai ketika hadir menonton perlawanan bola keranjang membabitkan pasukan NBA menentang Golden State Warriors, baru-baru ini.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah, selebriti berusia 43 tahun yang dilihat hadir dengan anak lelakinya, Saint West turut menggayakan beg tangan berjenama mewah, Hermes yang dianggarkan bernilai AS$40,000 (RM187,339).

Ketika duduk di kerusi penonton, Kardashian bagaimanapun bersahaja meletakkan beg tangan rona coklat gelap berharga ratusan ribu ringgit itu di atas lantai, seolah-olah beg tersebut tidak berharga baginya.

Tindakan bekas isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu membuatkan ramai netizen terkesima biarpun cukup faham itulah lumrah bagi selebriti yang meraih pendapatan jutaan dolar.

“Beg tangan Hermes diletakkan di atas lantai? Saya sendiri takut meletakkan beg tangan saya yang dibeli di pasar raya di atas lantai, bimbang akan dicuri,” ujar seorang netizen.

    “Harga beg tangan Hermes yang digayakan Kardashian itu merupakan antara koleksi paling cantik pernah saya lihat,” kata seorang lagi pengikutnya.

https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/kim-kardashian-anggap-hermes-barang-murahan/

Yoonggi Publish time 25-3-2024 12:23 PM

bila org byk duit, x kisah letak camana, sbb klu rosak, dia boleh je beli baru anytime

marchikobonzo Publish time 25-3-2024 03:07 PM

Dia dapat free, apa nak heran

hokeypokey Publish time 27-3-2024 11:39 PM

dia ada byk lagi bag ape nk kisah hilang ke letak kt lantai ke

I.K.A888990 Publish time 28-3-2024 12:58 PM

diri sendiri pun nampak murahan

DayangKirana Publish time 29-3-2024 02:12 PM

https://people.com/thmb/BI3ltKPEKn7eVY0nQqiu6y4pvYM=/1500x0/filters:no_upscale():max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x161:751x163):format(webp)/Kim-Kardashian-Birkin-court-031924-tout-499ef497843649ef9c2d7b512b6870fe.jpg

beg besar gabak gitu..takkan nak letak kat seat plak.
koser btul puak2 nie.. beg dia, lantak pi la dia nk buat lagu mana..

A-Are Publish time 29-3-2024 02:25 PM

betul la tu letak bawah...xkan dok ats seat anak ddk bersila kat bawah....xpaham jenis beli bag/brg mahal lepas tu letak kat ats seat org lain dah xboleh duduk...kalau berani beli brg mahal kena berani letak kat tempat sepatutnya..kalau xberani maknanya hang xlayak lg beli barang tu...

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:32 PM

level kimK mmg dier anggap segalanya murah wakaka

gideoncross Publish time 11-4-2024 07:44 PM

marchikobonzo replied at 25-3-2024 03:07 PM
Dia dapat free, apa nak heran

Artis2 or celebs kat sna mmg sllu dpt brg2 free dri branded companies, stakat Hermes tu xde apa2 bgi lvl2 dorg
Pages: [1]
View full version: Kim Kardashian anggap Hermes barang murahan


ADVERTISEMENT