mattzzx Publish time 25-3-2024 10:54 AM

Southgate mahu pemain muda England cemerlang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-BRA-FRIENDLY-EURO_2024_1711328425.jpg
SOUTHGATE (kanan) menenangkan Walker yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Brazil, Sabtu lalu. FOTO AFP

London: Pengurus England, Gareth Southgate mengetepikan masalah kecederaan dalam pasukannya menjelang aksi persahabatan dengan Belgium dan mengakui mahu melihat pemain muda cemerlang menjelang Euro 2024.

Selepas tumpas 0-1 di tangan Brazil Sabtu lalu menerusi jaringan pemain remaja sensasi berusia 17 tahun, Endrick, Southgate terdesak untuk melihat skuadnya yang berada di ranking ketika berdepan Belgium di ranking keempat pada awal pagi Rabu ini.

"Sama seperti Brazil, kami bercakap mengenai perlawanan pada tahap tinggi, pengalaman menarik kepada pemain, peluang melihat pemain muda beraksi dan membentuk pasukan menjelang musim panas nanti," kata Southgate selepas juara dunia lima kali itu menamatkan rentetan 10 perlawanan tanpa kalah dilakar skuad bimbingannya.

"Kami menghadapi dua perlawanan pada tahap tertinggi dan sudah tentu kami akan meletakkan pasukan berbeza berbanding yang dijangkakan.


"Jadi, kami masih belajar sesuatu menjelang musim panas yang sangat penting. Anda tahu, ada pemain berebut untuk berada dalam kesebelasan utama manakala sebahagian lagi berusaha berada dalam skuad.

"Jadi, anda perlu melihat mereka berdepan lawan pada tahap tinggi untuk mengetahui sama ada mereka mampu cemerlang pada musim panas nanti."

Harry Maguire, Kyle Walker dan Sam Johnstone sudah menarik diri daripada skuad England apabila mereka melayan Belgium di Wembley nanti.

Walker dan Maguire berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Brazil pada Sabtu lalu, tetapi kini meninggalkan skuad Southgate, sama seperti penjaga gol simpanan, Johnstone.

"Maguire, Walker dan Johnstone kembali ke kelab masing-masing untuk menjalani penilaian selepas cedera sejak beberapa hari lalu," kata Persatuan Bolasepak (FA) dalam satu kenyataan.

Kapten England, Harry Kane terlepas perlawanan Sabtu lalu kerana cedera buku lali dan turut tidak dapat beraksi menentang Belgium.

Pemain Manchester City, Rico Lewis, yang membuat penampilan sulung menentang Macedonia Utara pada November dan penjaga gol Burnley, James Trafford dinaikkan pangkat bersama skuad senior daripada skuad Bawah 21 Tahun (B-21) England.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073621/southgate-mahu-pemain-muda-england-cemerlang
Pages: [1]
View full version: Southgate mahu pemain muda England cemerlang


ADVERTISEMENT