Vellfire Publish time 25-3-2024 06:00 AM

Lambakan kayu hanyut di pantai sekitar Lundu akan selesai dibersihkan selepas hari raya

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-15.56.20-optimized.jpeg

MENJEJAS PEMANDANGAN… Lambakan kayu hanyut yang menjejaskan kawasan Pantai Pandan dan Pugu serta Kuala Bungei. - Foto Ghazali Bujang
LUNDU: Lambakan kayu hanyut yang terdampar di Pantai Pandan dan Pugu serta Kuala Bungei akan selesai dibersihkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, berkata pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
“Setakat ini, kami masih berhubung dengan mereka dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), termasuk pejabat saya (Pusat Khidmat DUN Tanjung Datu), yang akan bergotong-royong membersihkan kawasan.
“Disebabkan kawasan ini adalah kawasan tumpuan pelancong, kita cuba selesaikan sepenuhnya selepas hari raya.
https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-15.55.24-optimized.jpeg
ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan
“Cuma pada bulan ini merupakan musim air pasang dan ia akan hanyut ke laut secara semula jadi. Kita akan mempercepatkan kerja (pembersihan) dengan mengumpul kayu tersebut untuk dibakar atau dibuang secara berkala,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas menyempurnakan Jerayawara Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Tanjung Datu di Dataran Lundu di sini, hari ini.
Azizul berkata, fenomena lambakan kayu hanyut ini bukan sesuatu yang baharu kerana pernah berlaku sebelum ini namun pada tahun ini, jumlah kayu yang hanyut adalah luar biasa banyak.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penduduk kampung, kayu yang hanyut itu berkemungkinan datang dari kawasan ladang yang dibersihkan.
Bagaimanapun, beliau berkata, longgokan kayu di kawasan pantai yang terjejas tidak mengganggu aktiviti komuniti nelayan setempat kerana mereka menggunakan anak sungai untuk turun ke laut.
“Komuniti nelayan tidak terjejas kerana ia melibatkan kawasan pantai yang mengganggu permandangan,” ujarnya.
Pada Khamis lepas, Suara Sarawak telah membuat tinjauan di lokasi kejadian.
Tinjauan di lokasi menganggarkan lambakam kayu hanyut itu menutup berbelas-belas kilometer pantai sepanjang Lundu dan Sematan.

https://suarasarawak.my/lambakan-kayu-hanyut-di-pantai-sekitar-lundu-akan-selesai-dibersihkan-selepas-hari-raya/
Pages: [1]
View full version: Lambakan kayu hanyut di pantai sekitar Lundu akan selesai dibersihkan selepas hari raya


ADVERTISEMENT