Vellfire Publish time 25-3-2024 05:36 AM

Remaja umur 15 tahun antara 15 penunggang motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-21.45.30-optimized.jpeg

BAHAYA... Kesemua yang ditahan terlibat dalam melakukan aksi uji kelajuan, ‘wheelie’ dan mengubah haluan yang mana aksi ini membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
MIRI: Remaja berumur 15 tahun antara 15 penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Jalan Tudan di sini pada hari ini.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kesemua ditahan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang menjalankan operasi tersebut bermula jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi.
“Penunggang motosikal yang ditahan ini telah terlibat dalam melakukan aksi bersaing sesama sendiri (uji kelajuan), ‘wheelie’ dan mengubah haluan yang mana aksi ini membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Alexson berkata, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan selanjutnya.
https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-24-at-21.44.14-optimized.jpeg
DISITA.. Seramai 15 penunggang motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Jalan Tudan Miri

https://suarasarawak.my/remaja-umur-15-tahun-antara-15-penunggang-motosikal-ditahan-dalam-op-samseng-jalanan/
Pages: [1]
View full version: Remaja umur 15 tahun antara 15 penunggang motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan


ADVERTISEMENT