Vellfire Publish time 25-3-2024 05:26 AM

PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat, kata Mohamad Hasan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240324/fw1374181ns0124032024bantuanramadan-scr.jpg

Mohamad ketika sidang media selepas menyampaikan Bantuan Bakul Makanan sempena Ramadan di Masjid Kariah Kampung Siliau, Rantau hari ini. - Gambar BERNAMA
REMBAU: Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan diputuskan di peringkat pusat, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dibuat dan BN Sabah perlu mengemukakan cadangan kepada kepimpinan pusat jika mahu bekerjasama dengan mana-mana parti politik.
“Walaupun UMNO Sabah ada autonomi mentadbir tetapi dalam soal pilihan raya, ia perlu mendapat kelulusan daripada ibu pejabat. Ibu pejabat yang akan menentukan hala tuju parti BN.
“Kalau misalnya (kerjasama) dengan parti A kita (BN) boleh menang, jadi dengan parti itulah atau bersendirian rasa dah kuat, boleh juga bersendirian tetapi BN Sabah mesti mendapat nasihat dan kata putus dari ibu pejabat," katanya.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan kepada penerima bantuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siliau di sini hari ini.
Semalam Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN Sabah akan datang. - BERNAMA

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/24/prn-sabah-keputusan-kerjasama-bn-diputuskan-ibu-pejabat-kata-mohamad-hasan
Pages: [1]
View full version: PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat, kata Mohamad Hasan


ADVERTISEMENT