maklukpenggoda Publish time 25-3-2024 12:42 AM

Kate terharu, berterima kasih atas sokongan dunia

Edited by maklukpenggoda at 25-3-2024 12:50 AM

LONDON – Princess of Wales, Kate Middleton menulis sendiri keseluruhan ucapan yang mendedahkan mengenai penyakit kanser yang dihadapinya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Menurut seorang rakan rapat, ucapan tersebut dihasilkan dengan pantas sebagai usaha untuk menamatkan gosip dan spekulasi kesihatan yang dialami beliau.
Kate membuat pengumuman penuh beremosi itu kelmarin yang direkodkan di Windsor.
“Kate merasakan bahawa beliau harus melakukan pengumuman itu disebabkan siapa dirinya.
“Lebih-lebih lagi apabila beliau menyedari bahawa beliau ialah seorang tokoh awam dan mempunyai tanggungjawab kepimpinan yang lebih besar.
“Semua ucapan itu dibuat sendiri (oleh Kate). Beliau menulis setiap perkataan itu dan ia bersatu dengan begitu pantas,” kata seorang rakan Kate.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, Kate sangat terharu dengan sokongan yang diterima dari seluruh dunia berikutan pengumuman mengejutkan itu.
Kate atau Catherine, 42, mendedahkan beliau sedang menjalani kemoterapi pencegahan dalam mesej yang dirakam. Ia sekali gus mencetuskan gelombang sokongan daripada pemimpin global, ahli keluarga, media dan orang ramai.
“Putera dan puteri (Putera William dan Kate) sangat tersentuh dengan reaksi diterima, baik daripada rakyat Britain, mahupun seluruh negara Komanwel dan di seluruh dunia.
“Mereka sangat terharu dengan kemesraan dan sokongan orang ramai dan berterima kasih atas pemahaman permintaan privasi mereka pada masa ini,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam. – AFP/AGENSI
Pages: [1]
View full version: Kate terharu, berterima kasih atas sokongan dunia


ADVERTISEMENT