Vellfire Publish time 24-3-2024 10:06 PM

Kempen derma darah Namlifa Cawangan Miri pada 20 April

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240324/myy-ub240324-ai-namlifa-p1.jpeg

Jawatankuasa penganjur kempen derma darah mengadakan kunjungan hormat terhadap salah seorang penaja, The Twin Brothers Patisserie.
MIRI: Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Miri dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri bakal menganjurkan kempen derma darah pada 20 April depan di sini bermula jam 8 pagi hingga 1.30 petang.
Namlifa dalam satu kenyataan medianya berkata, pada program sama, pihaknya turut mengadakan Kempen Kesedaran Insurans kepada orang awam.
“Jawatankuasa kempen derma darah diketuai Pengerusi NAMLIFA Cawangan Miri Mary Yii mengadakan kunjungan hormat terhadap dua penaja iaitu Lee Jun Tak daripada The Twin Brothers Patisserie dan Seow Chin daripada Bottlefall Sdn Bhd, juga ejen Air Minuman Derek di Lutong.
“Pada kunjungan tersebut, surat jemputan juga diserahkan kepada mereka bagi menghadiri kempen derma darah pada hari dirancang itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, jawatankuasa program berkenaan menjemput masyarakat sekitar hadir beramai-ramai bagi memeriahkan kempen tersebut sambil menderma darah.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pengerusi penganjur Norlina di talian 017-8668177 dan Naib Pengerusi NAMLIFA Cawangan Miri Chong Siek Fong di talian 016-8701056.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/24/kempen-derma-darah-namlifa-cawangan-miri-pada-20-april
Pages: [1]
View full version: Kempen derma darah Namlifa Cawangan Miri pada 20 April


ADVERTISEMENT