Vellfire Publish time 24-3-2024 10:01 PM

Lelaki terperangkap dalam kereta terlibat kemalangan diselamatkan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240324/btu-ub240324ar-kemalangan-p1.jpg

Bomba mengeluarkan mangsa dari bahagian belakang keretanya sejurus terbabit kemalangan.
BINTULU: Seorang lelaki terperangkap dalam kereta dipandunya sejurus terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Kidurong- Samalaju di sini pagi tadi diselamatkan pasukan bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 8.44 pagi.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan terbabas ke kawasan semak tepi jalan raya dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, komander operasi bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam kereta dengan membuka pintu bahagian penumpang belakang.
Katanya, mangsa yang hanya mengalami cedera ringan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pasukan bertindak melakukan operasi dengan mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan dengan membuka pintu penumpang belakang.
"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Setelah selesai kerja-kerja menyelamat dijalankan, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/24/lelaki-terperangkap-dalam-kereta-terlibat-kemalangan-diselamatkan
Pages: [1]
View full version: Lelaki terperangkap dalam kereta terlibat kemalangan diselamatkan


ADVERTISEMENT