Vellfire Publish time 24-3-2024 10:00 PM

Fun Cat Show 2024 dijadualkan berlangsung pada 25 Mei

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240324/myy-ub240324-mn-kucing-p1.jpg

MIRI: Oh Hara and Company sekali lagi menganjurkan Fun Cat Show 2024 yang dijadualkan berlangsung di Boulevard Miri pada 25 Mei akan datang.
Jurucakap penganjur berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 60 penyertaan dalam lima kategori dipertandingkan.
Antara kategori dipertandingkan ialah Anak Kucing Bulu Pendek, Anak Kucing Bulu Panjang, Kucing Dewasa Bulu Pendek, Kucing Dewasa Bulu Panjang dan Kucing Kampung (kucing tempatan).
"Umur bagi kucing kategori Kucing Dewasa Bulu Panjang dan Kucing Dewasa Bulu Pendek adalah 10 bulan ke atas manakala Anak Kucing Bulu Pendek dan Anak Kucing Bulu Panjang mesti empat bulan hingga sembilan bulan.
"Selain pertunjukan kucing pelbagai spesies, pada masa sama kami mengadakan pertunjukan arnab," katanya.
Yuran penyertaan bagi seekor kucing setiap kategori hanya RM60. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mei.
Pemenang setiap kategori akan menerima pelbagai hadiah menarik termasuk barangan makanan kucing.
Pemilik kucing ingin mendaftarkan kucing mereka untuk pertandingan itu boleh mendaftar bermula dari sekarang hingga mencapai kuota 60 penyertaan. Hubungi talian 013-8338181 (Ohara) untuk pertanyaan lanjut.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/24/fun-cat-show-2024-dijadualkan-berlangsung-pada-25-mei
Pages: [1]
View full version: Fun Cat Show 2024 dijadualkan berlangsung pada 25 Mei


ADVERTISEMENT