Vellfire Publish time 24-3-2024 05:35 PM

Labuan perlu pembangunan seimbang

Edited by Vellfire at 24-3-2024 09:38 AM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/kks-ub220324-ysh-jaujan1.jpeg

ALBUM: Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal Berbuka Puasa bersama Rakyat di Labuan dan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin. (Dari kanan) Naib Presiden Datuk Jaujan Haji Sambakong, Timbalan Ketua Bahagaian Nor Halim, Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Ketua Bahagia Datuk Rozman Datuk Haji İsli, Haji Harun, Ketua Penerangan Bahagian Chet Mat dan Bendahari Harold Lim.

LABUAN: Kerajaan Pusat perlu meneliti pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan agar kebajikan rakyatnya sentiasa terjaga.
Naib Presiden Parti WARISAN Datuk Jaujan Sambakong berkata, pembangunan perlu seimbang dan ia tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja tetapi Labuan juga perlu diperkasakan.
"Peluang pekerjaan di sini pada hari ini semakin berkurangan dan ini perlu diberikan perhatian Kerajaan Persekutuan hari ini.
"Tidak dinafikan kemudahan infrastrukturnya baik tetapi sekiranya tiada peluang pekerjaan rakyatnya tidak mampu menikmati kehidupan yang lebih kondusif," katanya ketika ditemui pada Program Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan anjuran WARISAN di sini, hari ini.
Beliau berkata, rakyat di sini juga mempunyai harapan yang tinggi kepada kerajaan hari ini agar mampu membangunkan lagi Labuan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.ADVERTISEMENT
Katanya, dahulu di sini banyak industri dan sumber asli tetapi pada hari ini sektor berkenaan semakin berkurangan.
"Kalau rakyat tidak dapat pekerjaan, ini menjadi satu masalah, tidak ada gunanya wujud pembangunan tetapi peluang pekerjaan itu terhad.
"Kita berharap kepimpinan negara agar Kerajaan Persekutuan beri tumpuan juga kepada pembangunan Labuan dan bukan di Kuala Lumpur sahaja," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata, keseimbangan pembangunan itu penting demi mengelakkan lebih ramai rakyat Labuan berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/labuan-perlu-pembangunan-seimbang
Pages: [1]
View full version: Labuan perlu pembangunan seimbang


ADVERTISEMENT